Ducati Malaysia lancar enam motosikal menarik, termasuk Panigale V2 Bayliss!

oleh Mohamad Hanif|
Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal berjenama Ducati di Malaysia baru-baru ini melancarkan enam buah model menarik untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ducati Scrambler Urban Motard (RM68,900)


Enjin: L-twin 803 cc sejukan udara
Kuasa: 73 hp @ 8,250 rpm, 66.2 Nm @ 5,750 rpm

Ia membawakan penampilan supermoto klasik yang diserikan dengan rim 17 inci, tayar Pirelli Diablo Rosso, bar hendal aluminium, pelana jenis rata, nombor pendaftaran sisi dan grafik eksklusif.

Kelengkapan standard termasuklah ciri cornering ABS, lampu LED termasuk DRL, pelindung sisi aluminium boleh tukar, paparan instrumen LCD, serta storan bawah pelana dengan soket USB terbina.

 

 

Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro (RM85,900)


Enjin: L-twin 1,079 cc sejukan udara
Kuasa: 86 hp @ 7,500 rpm, 88 Nm @ 4,750 rpm

Scrambler 1100 Tribute Pro menawarkan sehingga tiga mod tunggangan, iaitu Active (kuasa penuh), Journey (kuasa penuh dengan respons pendikit yang lebih lancar), dan City (kuasa enjin dikurangkan).

Ia didatangkan dengan sistem brek Brembo, suspensi depan fork Marzocchi 45 mm boleh laras sepenuhnya, penyerap hentak tunggal Kayaba, unit pencahayaan LED, unit peredam berkembar, panel sisi aluminium boleh tukar, serta storan bawah pelana dengan soket USB terbina.

Khusus untuk Scrambler 1100 Tribute Pro adalah rim spoke hitam, pelana berwarna perang, bar hendal aluminium sporti, cermin pandang belakang berbentuk bulat dan grafik khusus.

Ciri keselamatan Ducati Safety Pack termasuklah cornering ABS, Ducati Traction Control (DTC).

 

 

Ducati Streetfighter V2 (RM101,900)


Enjin: V2 Superquadro 955 cc 90o
Kuasa: 153 hp @ 10,750 rpm, 101.4 Nm @ 9,000 rpm

Merupakan model aras mula kepada keluarga Streetfighter, jentera naked V2 ini turut mengekalkan imej muka Joker yang garang pada Streetfighter V4.

Ia didatangkan dengan fork hadapan Showa Big Piston Fork (BPF) 43 mm boleh laras sepenuhnya, penyerap hentak belakang Sachs boleh laras, sistem brek dengan angkup empat omboh Brembo Monobloc M4.32 dan rotor berkembar 320 mm separa terapung, diikuti angkup dua omboh dengan rotor 245 mm di bahagian belakang.

Ciri moden termasuklah teknologi Ducati Quick Shift, cornering ABS EVO Bosch.

 

 

Ducati Multistrada V2 S (RM105,900)


Enjin: L-Twin Testastretta 11o 937 cc
Kuasa: 113 hp @ 9,000 rpm, 96 Nm @ 6,750 rpm

Jentera touring yang menawarkan pelbagai ciri-ciri moden, termasuklah mod tunggangan, mod kuasa, Ducati Safety Pack (Cornering ABS, Ducati Traction Control), Ducati Cornering Lights, Ducati Skyhook Suspension Evo, Ducati Quick Shift, kawalan jelajah, suis bar hendal bercahaya, skrin paparan TFT lima inci berwarna dan sistem pencahayaan LED.

Aspek tunggangan dibantu oleh fork hadapan USD 48 mm boleh laras, diikuti dengan penyerap hentak tunggal boleh laras di bahagian belakang.

Pakej aksesori yang ada termasuklah kotak pannier, pendikit dengan ciri pemanas, perlindungan enjin, topang tengah, sump guard, sistem pencahayaan LED tambahan serta roda yang lebih ringan.
 

 

Ducati Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th Anniversary (RM136,900)


Enjin: V-Twin Superquadro 955 cc
Kuasa: 153 hp @ 10,750 rpm, 104 Nm @ 9,000 rpm

Dilancarkan di peringkat global pada tahun lalu bersempena ulang tahun ke-20 kemenangan pertama lagenda Troy Bayliss di dalam World Superbike.

Ia didatangkan dengan liveri khas yang diinspirasikan daripada jentera Ducati 996 R SBK 2001, diikuti dengan tandatangan Troy pada bahagian tangki bahan api, serta nombor #21 pada sesetengah tempat.

Berbanding Panigale V2 standard, V2 Bayliss ini 3 kg lebih ringan, dengan ketinggian pelana 5 mm lebih rendah, serta jajan menarik seperti peredam stereng Ohlins, peredam ekzos gentian karbon dan titanium, suspensi depan Ohlins NIX30 43 mm boleh laras, penyerap hentak tunggal Ohlins TTX36 boleh laras, serta bateri lithium-ion.
 

 

Ducati Streetfighter V4 SP (RM239,900)


Enjin: Desmosedici Stradale V4 1,103 cc
Kuasa: 208 hp @ 13,000 rpm, 123 Nm @ 9,500 rpm

Mengakhiri barisan model baharu adalah Ducati Streetfighter V4 SP.

Direka secara khusus untuk kegunaan litar, Streetfigher V4 SP membawakan pelbagai ciri menarik termasuklah klac kering 9 cakera STM-EVO SBK, angkup brek Brembo Stylema, suspensi daripada Panigale V4 S, serta sayap sisi yang diperbuat daripada gentian karbon.

Ciri keselamatan pula lebih menyeluruh, merangkumi komponen seperti Bosch Cornering ABS EVO, Ducati Traction Control, Wheelie Control, Slide Control, Engine Brake Control, Ducati Power Launch, dan Ducati Quick Shift.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun Ducati Malaysia adalah program waranti eksklusif yang direka khusus…
Berita Domestik
Bermula hari ini hingga 30 September, pelanggan yang berminat untuk membeli motosikal Ducati serba…
Pelancaran Motosikal
Scrambler 2023 datang dengan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan…