Ducati lancar Scrambler 1100 Tribute Pro, Scrambler Urban Motard

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 pengenalan model Scrambler ke dunia, Ducati baru-baru ini melancarkan model baharu Scrambler 1100 Tribute Pro.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penampilan, ia membawakan penghormatan buat model asal Scrambler yang boleh dilihat menerusi logo Ducati ikonik yang dihasilkan oleh Giugiaro, diikuti dengan warna kuning Giallo Ocra, rangka trellis hitam dan kemasan hitam pada rim.
 

Ducati


Scrambler 1100 Tribute Pro membawakan enjin 1,079 cc yang menghasilkan 86 hp @ 7,500 rpm serta daya kilas 92 Nm @ 4,750 rpm.

Turut didatangkan standard adalan mod tunggangan PRO, Ducati Traction Control, serta unit lampu LED berbentuk bulat tunggal.
 

Ducati


Sementara sebuah lagi merupakan Ducati Scrambler Urban Motard yang banyak membawakan elemen daripada model Ducati Hypermotard.

Ia membawakan penampilan liveri merah dan hitam yang menyerupai jentera Ducati MotoGP Marlboro, serta elemen daripada model Nightshift dan Desert Sled.
 

Ducati


Scrambler Urban Motard dikuasakan oleh enjin L-twin 803 cc yang mampu menghasilkan 73 hp @ 8,250 rpm dan 67 Nm @ 5,750 rpm dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Ia juga turut membawakan ciri kemudahan seperti soket USB di bawah tempat duduk, serta Ducati Multimedia System yang membolehkan sambungan kepada peranti pintar dengan mudah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat motosikal Itali itu menyatakan bahawa tahun 2022 mencatatkan jualan tahunan terbaik mereka…
Pelancaran Motosikal
Membawakan elemen rekaan yang bergaya dengan tempat duduk rata ala-ala Cafe Racer, Scrambler…
Model Terbaharu
Scrambler Nightshift direka untuk memenuhi keperluan mereka yang mahukan sebuah jentera bergerak…