Nikmati rebat tunai sehingga RM8 ribu dengan kempen Hari Merdeka Ducati Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Ducati Malaysia bersedia menawarkan tawaran menarik untuk pemilik dan peminat Ducati dengan promosi motosikal dan kelengkapan menunggang melalui kempen “Massive Deals for Merdeka”.

CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Bermula hari ini hingga 30 September, pelanggan yang berminat untuk membeli motosikal Ducati serba baharu bakal menikmati rebat tunai sehingga RM8,000 untuk model-model terpilih.

Sempena kempen “Massive Deals for Merdeka” juga, Ducati Malaysia akan menyediakan beberapa unit tunggang uji untuk memberi peluang kepada para pemilik sedia ada dan peminat mencuba sendiri model Ducati yang diidamkan.

Selain itu juga, Ducati Malaysia kini menawarkan promosi dengan diskaun sehingga 35 peratus untuk pakaian rasmi & barangan rasmi Ducati, servis Desmo terpilih, aksesori dan alat ganti.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Massive Deals for Merdeka” dan rangkaian model terbaharu Ducati, kunjungi pengedar rasmi Ducati berdekatan atau layari laman web Ducati Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai generasi ketujuh, Panigale V4 2025 hadir serba baharu bersama peningkatan pada…
Pelancaran
Hadir sebagai model touring dengan gabungan ciri superbike, Multistrada V4 RS merupakan satu-…
Berita Domestik
Majlis pelancaran itu turut disertai Marco Biondi, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia…