Ducati lancar model Streetfighter V2, V4 SP 2022

oleh Mohamad Hanif|
Ducati baru-baru ini telah menambah ahli baharu ke dalam keluarga motosikal naked Streetfighter menerusi pengenalan model Streetfighter V2 dan Streetfighter V4 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan Streetfighter V4 yang sarat dengan elemen aerodinamik, Streetfighter V2 bolehlah dikatakan sebagai model aras mula tanpa kehadiran ciri yang disebutkan tadi, namun  masih lagi mengekalkan imej muka Joker yang garang dan jahat itu.
 

Streetfighter V2


Streetfighter V2 2022 dikuasakan oleh nadi Superquadro V2 955 cc yang berupaya menghasilkan 153 hp @ 10,750 rpm dan daya kilas 101.4 Nm @ 9,000 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan dan Ducati Quick Shift EVO 2.

Sistem gantungan terdiri daripada fork depan 43 mm Showa boleh laras sepenuhnya, dibantu dengan lengan ayun sisi tunggal aluminium dan penyerap hentak tunggal Sachs (boleh laras sepenuhnya).
 

V2


Rim bersaiz 17 inci dibaluti tayar Pirelli Diablo Rosso IV, sementara sistem pemberhentian pula menggunakan angkup Brembo Monobloc M4.32 empat omboh dengan sepasang rotor 320 mm di depan, dan angkup Brembo omboh berkembar dengan rotor tunggal 245 mm di belakang.

Ciri standard termasuklah Bosch Cornering ABS EVO dan peredam stereng Sachs.
 

V4


Bagi mereka yang mahukan lebih, Streetfighter V4 SP adalah jawapan yang dicari.

Versi V4 SP ini mendapat jantung Desmosedici Stradale V4 1,103 cc yang berupaya menghamburkan 208 hp @ 13,000 rpm dan daya kilas 123 Nm @ 9,500 rpm, sementara kotak gear pula menampilkan klac kering sembilan cakera STM EVO-SBK daripada aluminium dimesin.

Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan Ohlins NIX-30, penyerap hentak TTX36 di belakang, dibantu dengan peredam stereng Ohlins dan Ducati Eletronic Suspension EVO.
 

V4


Sistem brek Brembo Stylema R digunakan untuk mencengkam dua rotor Brembo 330 mm di dpan, diikuti dengan angkup Brembo dua omboh dengan rotor 245 mm di bahagian belakang.

Ciri keselamatan pula lebih menyeluruh, merangkumi komponen seperti Bosch Cornering ABS EVO, Ducati Traction Control, Wheelie Control, Slide Control, Engine Brake Control, Ducati Power Launch, dan Ducati Quick Shift.

Elemen gentian karbon banyak menguasai jentera ini, dimulakan dengan rim, mudguard hadapan, sayap sisi, heel guard, diikuti dengan opsyen pelindung klac terbuka yang diperbuat daripada bahan yang sama.
 

V4


Harga jualan di US bermula dari $16,995 (RM70,835) untuk model Streetfighter V2, dan $35,500 (RM147,964) untuk model Streetfighter V4 SP.

Berita Berkenaan

Aksesori Motosikal
  Banyak aksesori yang ditawarkan dan paling menyerlah ialah set sayap karbon dengan empat bilah…