Ducati Panigale V2 khas bersempena ulang tahun ke-20 kemenangan pertama WSBK

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2021 menandakan ulang tahun yang ke-20 kemenangan pertama lagenda Troy Bayliss bersama Ducati di dalam World Superbike, dan Ducati mempunyai sesuatu yang istimewa untuk meraikan hari bersejarah ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, (awas, nama memang panjang!) Ducati Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th Anniversary.

 


Jentera Panigale V2 ini dilayangkan dalam warna merah Ducati, rekaan liveri khas triwarna Itali, serta penampilan nombor 21 yang merujuk kepada nombor jentera yang digunakan oleh Troy Bayliss.

Selain daripada itu, Panigale V2 ini juga turut mendapat sistem suspensi Öhlins penuh terdiri daripada fork hadapan Nix 30 diikuti peredam TTX36, serta peredam stereng Öhlins di mana kesemua unit ini boleh dilaras sepenuhnya bergantung kepada keperluan.

 


Tidak ketinggalan, ia juga mendapat pelindung silencer daripada titanium, pemegang tangan sport-style, bateri lithium-ion serta beberapa bahagian yang didatangkan dengan bahan gentian karbon, sekaligus menjadikan jentera ini lebih ringan 3 kg berbanding Panigale V2 standard.

Sebagai kemasan akhir, tandatangan Troy Bayliss diabadikan pada bahagian atas tangki bahan api motosikal ini.

 

 

Dari segi kuasa, Ducati Panigale V2 ini datang standard dengan enjin Superquadro v-twin 955 cc yang menghasilkan 153 hp @ 10,750 rpm dan daya kilas 104 Nm @ 9,000 rpm, serta sistem kawalan elektronik seperti slide control dan juga wheelie control.

Harga jualan bermula dari  £17,995 (RM104,650).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…