Ubah penampilan Toyota RAV4 anda dengan aksesori Modellista, TRD

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota RAV4 baharu sahaja mendarat di Jepun dalam bulan ini dengan penawaran sehingga enam varian, dua jenis trenkuasa dan dua konfigurasi pacuan roda. 

Tidak cukup dengan itu, Toyota menambah lagi tawaran berupa aksesori, alat prestasi tinggi dan kit badan menjadikan para pelanggan RAV4 rambang mata untuk memilih penggayaan yang terbaik. 

Terus daripada kilang, Toyota membawakan dua kit pilihan iaitu TRD dan Modellista

 


Dari pihak TRD, mereka menawarkan dua 'personaliti' berbeza kepada SUV RAV4 iaitu Field Monster dan juga Street Monster

RAV4 Field Monster benar-benar mengubah penggayaan SUV tersebut kepada sebuah jentera off-road sebenar, terima kasih kepada penggunaan arca roda plastik lebar, decal sisi TRD, aksesori TRD untuk hadapan dan belakang serta mud flap. 

Untuk memastikan tahap pengendalian di jalan tidak rata masih boleh dikawal, Toyota memasang tayar jenis off-road membaluti rim bersaiz 17 inci di keempat-empat sudut. 
 


Versi Street Monster pula membawakan reka bentuk urban dengan memasang kit badan agresif dan sporty, serta skirt sisi yang menjadikan jarak kelegaan tanah kini kurang kepada 121 mm. 

Selain daripada kit di atas, TRD juga menawarkan komponen individu seperti rim aloi TRD TF X-Limited 20 inci, penyerap hentak prestasi tinggi, peredam kustom dan juga rak bumbung. 

 


Bagi mereka yang mahukan sebuah SUV tampak mewah, Modellista ada jawapannya. 

Modellista juga menawarkan dua personaliti berbeza bagi RAV4 di Jepun, iaitu Urban Solid Strider dan Jaos yang lebih berorientasikan kepada off-road. 

Urban Solid Strider membawakan spoiler hadapan dengan lampu LED terbina dalam, grille garnish, side skirt bersegi serta rim aloi bersaiz 19 inci. 
 


Manakala Jaos pula lebih rugged, sesuai dengan karakter off-road yang dibawakan terima kasih kepada pemasangan bumper yang lebih tebal, skid plate, perlindungan sisi tambahan, panel pelindung pada tiang C, serta rim bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar Toyo. 

Spesifikasi penuh Toyota RAV4 boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: Toyota RAV4 2019, enam varian, dua pilihan enjin

Menurut sumber yang tidak rasmi, Toyota RAV4 bakal menyerang pasaran Malaysia menjelang separuh kedua tahun 2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan tersebut mendedahkan hampir 25 peratus daripada pembeli baharu mempertimbangkan model…
Berita Global
  RAV4 GR SPORT  RAV4 GR SPORT menggunakan teknologi hibrid Toyota generasi keempat dengan…
Berita Global
Rupa paras Corolla Cross tidaklah seagresif pesaing dalam segmennya, namun bagaimana jika anda…