Toyota RAV4 Hybrid pilihan utama pembeli kereta hibrid di Amerika Syarikat - kajian

oleh Mohamad Hanif|
Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh Kelley Blue Book Brand Watch mendapati golongan pembeli di Amerika Syarikat lebih cenderung untuk membeli sebuah kereta hibrid berbanding kereta elektrik tulen (EV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laporan tersebut mendedahkan hampir 25 peratus daripada pembeli baharu mempertimbangkan model berelektrik dan daripada jumlah tersebut, hampir dua kali ganda pembeli mempertimbangkan model hibrid berbanding kenderaan elektrik bateri.

Hal ini disumbangkan oleh harga jualan EV yang masih lagi dikategorikan tinggi berbanding kereta hibrid, selain masalah kebimbangan jarak serta keterdapatan infrastruktur pengecasan yang terbatas di sesetengah lokasi.

 

RAV4


Di Amerika Syarikat, Toyota RAV4 Hybrid merupakan pilihan utama di kalangan pembeli kereta hibrid, mengalahkan CR-V Hybrid di tempat kedua dan Highlander Hybrid (#3).

Daripada 10 buah model yang disenaraikan, lima daripadanya merupakan kereta Toyota (termasuk sebuah Lexus RX Hybrid).
 

RAV4


Dari segi kuasa, RAV4 Hybrid mempunyai enjin empat silinder 2.5 liter yang digandingkan dengan dua motor elektrik, dan hamburan kuasa keseluruhan 219 hp.

Sistem pacuan semua roda adalah standard, di mana gandar belakang digerakkan dengan bantuan motor elektrik yang disebutkan tadi.

Sumber: Kelley Blue Book Brand Watch via Cox Automotive

Berita Berkenaan

Berita Global
  RAV4 GR SPORT  RAV4 GR SPORT menggunakan teknologi hibrid Toyota generasi keempat dengan…
Berita Global
Rupa paras Corolla Cross tidaklah seagresif pesaing dalam segmennya, namun bagaimana jika anda…
Berita Global
Berdasarkan data terkini daripada Norwegian Road Traffic Information Council, sebanyak 7,957 unit…