Toyota RAV4 mendarat di Jepun - enam varian, harga bermula dari RM96 ribu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun namanya Jepun dan berasal daripada negara matahari terbit, ia bukanlah satu perkara yang aneh apabila Jepun lambat mendapat pelancaran sesebuah model.

Sama seperti Toyota RAV4 yang diperkenalkan sebelum ini untuk pasaran Amerika dan Eropah, kemudian disusuli dengan pengenalan di Asia menerusi Singapore Motorshow awal tahun lalu, SUV ini akhirnya menjejakkan kaki ke tanah asalnya di Jepun.

Untuk pasaran Jepun, Toyota memberikan sedikit kelainan penawaran spesifikasi, terutama di bahagian trenkuasa di mana kedua-dua varian enjin ditawarkan pilihan pacuan semua roda. 
 


Spesifikasi asas menerima enjin 2.0 liter Dynamic Force (169 hp) dan 207 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT, sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada roda hadapan atau opsyen pacuan semua roda. 

Ia turut didatangkan dengan ciri Dynamic Torque Control 4WD yang menyalurkan daya kilas secara seimbang kepada semua roda, selain mempunyai mekanisme pengubah kepada roda hadapan sahaja apabila sistem tidak memerlukan pacuan 4WD.
 


RAV4 versi hibrid pula datang dengan enjin 2.5 liter Dynamic Force dengan gandingan motor elektrik yang memberikan kuasa gabungan 215 hp (2WD) dan 219 hp (e-AWD). 

Menariknya, sistem e-AWD ini mampu untuk menukar kadar distribusi daya kilas roda hadapan ke roda belakang dengan nisbah bermula dari 100:0 sehinggalah kepada 20:80.

Untuk pasaran Jepun, enam varian ditawarkan iaitu X, G, Z Package, Adventure serta varian Hybrid X dan Hybrid G.
 


Kesemua varian didatangkan standard dengan ciri Toyota Safety Sense merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Amaran Penukaran Laluan
  • Kawalan Pelayaran Berasaskan Radar
  • Lampu Suluhan Tinggi Automatik
  • Amaran Pra-Pelanggaran
  • Brek Kecemasan Automatik

Harga jualan bermula dari ¥2,608,200 (RM96,373) untuk model X (2.0 liter) sehinggalah ¥3,817,800 (RM141,068) untuk varian premium Hybrid G 4WD.

Baca: Toyota RAV4 di Singapore Motorshow 2019

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan tersebut mendedahkan hampir 25 peratus daripada pembeli baharu mempertimbangkan model…
Berita Global
  RAV4 GR SPORT  RAV4 GR SPORT menggunakan teknologi hibrid Toyota generasi keempat dengan…
Berita Global
Rupa paras Corolla Cross tidaklah seagresif pesaing dalam segmennya, namun bagaimana jika anda…