Syarikat penala Rivai hasilkan kit badan offroad untuk Corolla Cross

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Corolla Cross merupakan sebuah model crossover yang lahir dari platform Corolla, dan sejak diperkenalkan ia merupakan antara SUV yang terhangat dalam pasaran.

Rupa paras Corolla Cross tidaklah seagresif pesaing dalam segmennya, namun bagaimana jika anda mahukan penampilan yang lebih garang untuk dipadankan pada model ini?

Jawapannya ada pada syarikat penala dari Jepun, Rivai di mana mereka kini menawarkan kit badan off-road dengan penggayaan seperti Toyota RAV4.
 

rivai


Perubahan besar yang anda boleh nampak adalah pada bahagian depan, di mana Rivai menggantikan terus bampar asal kepada bampar yang diinspirasikan daripada RAV4 trim Adventure, berharga ¥203,500 (RM6,878).

Ia menampilkan struktur jeriji berbentuk heksagon dengan perkataan Toyota (¥9,900 atau RM335), perumah lampu kabus yang lebih bersegi, serta kehadiran skid plate stail aluminium pada bahagian bawah bampar.
 

RAV


Bahagian sisi pula menempatkan penambahan plastik cladding jenis bolt-on pada fender (¥49,500 atau RM1,673), set rim aloi Delta Force saiz 16 inci, serta balutan tayar all-terrain.

Jarak kelegaan tanah ditinggikan menerusi penggunaan suspensi AgeMaxxi ( ¥42,900 atau RM1,450) bagi memudahkan pemanduan di laluan yang sukar.
 

RAV


Untuk kemudahan semasa melakukan aktiviti di dalam hutan, pihak Rivai turut memasang rak Rhino-Rack Pioneer (¥249,700, atau RM8,437), bekas penyimpanan 52 liter ROAM Adventure (¥36,960 atau RM1,247), lampu bantuan KC HiLiTES LED ( ¥218,900 atau RM7,387) dan bumbung awning Rhino-Rack Sunseeker (¥61,600 atau RM2,079) yang boleh disimpan apabila tidak digunakan.

Harus diingatkan, kesemua kos yang disebutkan itu adalah tidak termasuk kos penghantaran, cat dan juga pemasangan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang berbajet terhad, tidak perlu risau kerana BMW i8 sudah tersedia 'cantik', namun…
Berita Global
DAMD salah satunya, menawarkan kit badan yang dinamakan sebagai Carabina yang membolehkan Suzuki…
Berita Global
Namun, dengan kedalaman poket yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat…