Dijangka versi pasaran Asia Tenggara tidak akan membawakan perbezaan yang ketara daripada model pasaran lain, SUV ini tampil dengan reka bentuk badan yang serba agresif - diinspirasikan daripada abang besarnya Toyota 4Runner.
Toyota RAV4 menggunakan enjin 2.0 liter M20A-FKS yang mampu menjana kuasa sekitar 170 bhp dan daya kilas 203 Nm yang masuk penuh pada 4,400 rpm dengan transmisi CVT.
Difahamkan, Toyota RAV4 pasaran Singapura bakal mendapat ciri pencahayaan lampu suram, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, tujuh buah beg udara sebagai ciri standard dan juga Toyota Safety Sense.
Toyota RAV4 diedar oleh pihak Borneo Motors di Singapore, dan hadir dalam satu varian. Harganya pula bermula dari $119,988 (RM363,606) seunit.
Pelancaran sulung di Singapura ini menandakan pasaran negara jiran di Asia Tenggara bakal berlangsung tidak lama lagi.
Setakat ini belum dapat dipastikan adakah model ini bakal memasuki pasaran Malaysia.