Tayar besar pada trak pikap - apa kata pakar?

oleh Careta.my|
Memang menjadi kegilaan pada pemilik-pemilik trak pikap untuk memasang tayar besar (oversized tyres) pada kenderaan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari saiz diameter (roda dan tayar) 33-inci kepada 35-inci, semuanya memang jauh lebih besar dari saiz standard. Kerana saiz tersebut sudah terlalu besar, pemilik terpaksa meninggikan trak pikap mereka sekurang-kurangnya dua inci untuk memuatkan tayar besar itu.

 

Trak

 

Ini bermakna perubahan bukan setakat dari saiz tayar,, namun sistem gantungan turut diubah. Semestinya pasti akan ada perubahan secara langsung dan tidak langsung pada kenderaan akibat modifikasi tersebut.

Untuk mengetahui apakah yang akan berubah dan apakah baik serta buruknya modifikasi tersebut, Careta turun ke Melaka untuk berjumpa dengan Mervyn Lim.

Mervyn, 35 tahun, anak sulung dari tiga adik beradik di dalam sebuah keluarga yang menguruskan perniagaan kedai tayar. Dari ayahnya dan kini beliau adik-beradik menguruskan beberapa kedai tayar milik keluarga.

Antara jenama yang dijual oleh mereka ialah jenama tayar Toyo, Silverstone dan Yokohama. Mereka juga menjual produk-produk sistem gantungan seperti Dobinson dari Australia dan jenama mereka sendiri, RedPhoenix. Selain dari itu, Mervyn dan adik lelalkinya bergiat di dalam sukan permotoran.

 

. mervyn-1

 

Adiknya lebih kepada acara drifting manakala Mervyn sudah mula memasuki acara off-road sejak beliau berusia awal 20-an.

Mervyn sudah acapkali memenangi pertandingan offroad di dalam negara dan tahun lalu, beliau menjadi juara di dalam pertandingan Rain Forest Challenge di India.

Deretan piala di kedainya menjadi bukti bahawa beliau bukan calang-calang off-roader.

Jadi apa kata Mervyn tentang tayar besar pada trak pikap?

"Tujuan utama meninggikan kenderaan ialah untuk melepasi halangan ketika off-road," ujar Mervyn.

"Menggunakan tayar besar akan meninggikan lagi kenderaan anda. Selain dari itu, kenderaan nampak ganas dan cantik," sambung Mervyn sambil tersenyum.

 

big tyre careta 4

 

Namun begitu, ia akan memberi kesan terhadap kawalan kenderaan dan juga meletakan beban tambahan kepada komponen penting seperti sistem transmisi, terutama kepada differential belakang (komponen di dalam "nenas" pada gandar belakang).

Jadi apakah penjagaan yang perlu dilakukan?

Menurut Mervyn, ini cara-caranya.

Perlu selalu menjaga pengimbangan dan penjajaran roda (balancing and allignment). Jika menggunakan tayar jenis Mud Terrain atau MT, tayar perlu dipusingkan (rotate) setiap 10,000 km.

 

big tyre careta 5

 

Minyak pelincir pada differential belakang (nenas gandar belakang) perlu dijaga rapi. Gunakan pelincir dengan tahap didih yang tinggi (wet boiling point).

Kerana berat tayar yang meningkat, differential akan bekerja lebih keras. Untuk itu, perlu gunakan minyak pelincir differential dengan nilai DOT yang lebih tinggi.

Jika transmisi automatik digunakan, disarankan agar dipasang penyejuk ATF (pelincir kotak gear automatik) atau ATF cooler.

 

suspension truck

 

Selalu periksa komponen sistem gantungan untuk kebocoran pada penyerap hentak dan juga pada tapak di mana penyerap hentak diletakkan kerana bergantung pada modifikasi yang dilakukan, tapak itu mungkin boleh bengkok.

Seperti yang dikatakan awal tadi, modifikasi pada sistem gantungan perlu dilakukan untuk memuatkan tayar yang besar.

Ada dua cara umum bagaimana untuk melakukan modifikasi tersebut - menukar komponen seperti penyerap hentak atau meletakan blok getah.

Menurut Mervyn, menggunakan blok getah lebih memberi keburukan.

Untuk mengetahui kenapa, baca tips Mervyn pula untuk modifikasi sistem gantungan kenderaan 4X4 pada pautan ini.

Untuk mendapat nasihat atau pendapat Mervyn, telefon RedPhoenix Suspension 06-336 8189, atau pergi ke kedai beliau di 66, Jalan TTC13, Taman Teknologi Cheng, Melaka.

 

big tyre careta 3  

Berita Berkenaan

Informasi
Penggunaan bateri tersebut digunakan oleh kenderaan terkini kerana tenaga tersebut sedikit sebanyak…
Tekno Careta
  Ini termasuklah cara-cara membersihkan kenderaan kita, dari syampu kenderaan sampailah segala…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bloomberg, pengeluar itu dikatakan menghantar emel berbentuk tips kepada…