Penggunaan blok untuk tinggikan kenderaan beri banyak masalah - kata juara RFC.

oleh Careta.my|
Dalam artikel sebelum ini, pakar tayar dan juara off-road, Mervyn Lim dari Melaka bercerita mengenai penggunaan tayar besar pada kenderaan 4X4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mervyn berkongsi tip penjagaan komponen dan tayar untuk mereka yang gemarkan tren "oversized tyres" pada kenderaan mereka.

Kali ini, Mervyn bercerita mengenai cara-cara dan masalah yang boleh dihadapi bila kita meninggikan kenderaan kita.

Untuk menggunakan tayar besar, kenderaan perlu ditinggikan. Bergantung kepada jentera, modifikasi selalunya akan meninggikan kenderaan sebanyak dua inci. Ia bukan sahaja membolehkan pemilik memasang tayar yang lebih besar, tetapi ia membantu untuk melepasi halangan ketika off-road.

Namun begitu, menurut Mervyn, pemilik perlu faham apa yang akan dilakukan dan apa masalah yang akan berlaku. "Ada dua cara umum untuk meninggikan kenderaan anda.

 

suspension truck careta

 

Cara pertama ialah menggantikan komponen sistem gantungan seperti penyerap hentak atau shock absorber," terang Mervyn.

Cara ini ialah yang paling efektif dan paling mudah kerana penyerap hentak tersebut memang direka untuk meninggikan kenderaan dan ditala dengan betul untuk setiap jenis kenderaan.

Penyerap hentak dibina untuk dimuatkan pada tapak kenderaan dan ditala mengikut berat kenderaan itu juga.

Kerana itu, jangan gunakan penyerap hentak untuk kenderaan lain kerana kemungkinan besar, pengendalian kenderaan akan terjejas (kenderaan terlalu ringan - ia akan memantul; kenderaan terlalu berat, ride-height akan turun dan pergerakan penyerap hentak terbatas).

Sayangnya, cara ini juga mahal.

Untuk sistem dengan penyerap hentak jenis Bilstein depan belakang dan spring gegelung (hadapan) dan leaf spring (belakang) jenis Old Man Emu, kos akan berada dalam sekitar lebih RM5,000. Ia juga akan meningkatkan ketinggian kepada hanya dua inci sahaja dari kedudukan asal.

 

 

Namun begitu, kelebihannya ialah sistem gantungan ditala khusus untuk kenderaan tersebut dan pengendalian jauh lebih baik dan lebih berkesan.

Ia juga lebih stabil dan tidak mengalami masalah bump steer yang keterlaluan pada gandar belakang. Imbangan dari segi keselesaan serta prestasi dicapai dengan cara terbaik.

Anda juga boleh menggunakan penyerap hentak boleh laras, dan ini lebih teknikal dan memerlukan mekanik yang mahir dengan setup sistem gantungan.

Tinggi kenderaan boleh dilaras agar dan lembut atau keras penyerap hentak turut boleh dilaras. Paling penting, penyerap hentak boleh laras boleh diservis untuk memastikan ia tahan lebih lama.

Cara kedua yang lebih mudah dan murah ialah dengan menggunakan blok getah untuk dialas pada penyerap hentak di hadapan sementara untuk leaf spring belakang, dialas dengan pillow block. Ini akan meninggikan kenderaan tanpa perlu menukarkan penyerap hentak.

Sayangnya, menurut Mervyn, cara ini paling merbahaya.

Careta turut mengkaji isu ini dan hampir kesemua laman web atau forum Barat menentang penggunaan blok untuk meninggikan kenderaan anda.

Ini adalah masalah yang akan anda hadapi jika menggunakan cara blok untuk meninggikan kenderaan anda.

 

bilstein lift kit

 

Penyerap hentak hadapan akan terbatas kerana kedudukan blok menghalang pergerakan sepenuhnya komponen itu.

Bila pergerakan penyerap hentak menjadi terbatas (short suspension travel), ia memberikan tekanan lebih tinggi kepada komponen, terutama kepada kenderaan seberat trak pikap atau SUV.

Apa yang terjadi, bila penyerap hentak bekerja keras ketika melanggar lubang contohnya, pemegang (mounting) penyerap hentak boleh patah atau tapak pada chassis boleh bengkok.

Ini sering terjadi pada Toyota Hilux Revo. Menggunakan pillow-block pada leaf spring belakang pula boleh menjadikan leaf spring itu melurus atau paling kritikan, membalikan lengkungannya.

Bayangkan anda tidur dan ada bantal tinggi pada tulang belakang anda - itu yang terjadi, ujar Mervyn.

Gelungan pada hujung leaf spring turut boleh terbuka, dan ini sangat bahaya kerana spring boleh tercabut dari pemegang.

 

leaf spring

 

Kedudukan titik graviti sudah berubah dan talaan penyerap hentak dan leaf spring tidak bersedia untuk perubahan tersebut.

Hasilnya, keadaan yang kurang stabil bila kenderaan mencapai tahap maksima pengendalian di selekoh dan kenderaan sukar dikawal.

Kenderaan yang ditinggikan terlalu ekstrem juga akan mempunyai masalah pada driveshaft. Untuk itu, driveshaft extender perlu dipasang untuk memastikan kenderaan tidak menggigil bila mula bergerak, atau paling sering berlaku, driveshaft tercabut bila berada dalam situasi ekstrem.

Dalam ertikata lain, kenderaan anda tidak selasak yang sepatutnya bila off-road.

Nasihat Mervyn, cari kedai yang memang pakar dalam 4X4 dan dengar nasihat mereka.

Jangan terlalu berjimat dalam melakukan modifikasi kerana nilai komponen yang mungkin rosak akan menjadi lebih tinggi dari kos modifikasi.

 

mervyn-2

 

Seperti prinsip seorang off-roader tulen - pastikan kita tahu setiap komponen kenderaan agar kita tahu cara untuk memaksimakan potensi kita.

Untuk menghubungi Mervyn, telefon RedPhoenix Suspension di 06-336 8189, atau pergi ke kedai beliau di 66, Jalan TTC13, Taman Teknologi Cheng, Melaka.

Untuk membaca artikel tips Mervyn mengenai penggunaan tayar besar pada jentera 4X4, klik pautan ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Menurut Daihatsu, kereta "open-top" tanpa bumbung ini sesuai untuk mereka yang suka menikmati udara…
Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…