Cara licik Stellantis buang pekerja - hantar emel tips peluang pekerjaan di tempat lain

oleh Mohamad Hanif|
Stellantis dilaporkan mempunyai cara yang licik dalam usaha untuk mengurangkan jumlah pekerja di Perancis.

Menurut laporan daripada Bloomberg, pengeluar itu dikatakan menghantar emel berbentuk tips kepada para pakerja berkenaan cara untuk mendapat kerjaya baharu di tempat lain, ekspo kerjaya, serta perkhidmatan untuk menulis resume.

Tindakan ini menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan pekerja, dan menurut wakil kesatuan, "ia bukanlah satu cara yang baik untuk memberikan motivasi kepada para pekerja."

Menurut jangkaan beberapa kesatuan, seramai 10,000 orang bakal kehilangan mata pencarian menjelang akhir tahun 2025.

Sama seperti pesaing, Stellantis kini sedang berusaha untuk mengurangkan jumlah tenaga pekerja disebabkan pemasangan kenderaan elektrik (EV) yang jauh lebih mudah dan tidak memerlukan bilangan pekerja yang ramai seperti pemasangan kereta konvensional.

Menurut wakil Stellantis, tindakan menghantar emel peluang pekerjaan di luar adalah salah satu cara untuk mereka yang berminat di dalam skim pemisahan sukarela (VSS).

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran EV dari pelbagai jenama telah memberikan pelbagai pilihan kepada pembeli di seluruh dunia…
Berita Global
Dibangun menggunakan pelantar SLTA Large Stellantis, Peugeot Inception Concept ini membawakan…
Berita Global
Tidak banyak informasi didedahkan oleh Ram buat masa ini. Namun, pengeluar itu mengesahkan trak…