TIPS PENCEGAHAN KEBAKARAN PADA MOTOSIKAL ATAU BASIKAL ELEKTRIK

oleh Firdaus Razani|
Di era sekarang ini, teknologi makin pesat berkembang tidak kira apa jua industri, jika dikaitkan dengan automotif, pastinya ramai tahu bateri litium-ion salah satu teknologi janaan kuasa paling jelas ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penggunaan bateri tersebut digunakan oleh kenderaan terkini kerana tenaga tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon.

Namun, bukan sekadar kenderaan seperti kereta, lori atau pengangkutan besar sahaja menggunakan motor elektrik, malahan motosikal dan juga basikal turut menggunakan tenaga janaan motor elektrik.

 

EBIKE

 

Sejak kebelakangan ini, jualan basikal dan motosikal elektrik dilihat semakin melonjak kerana lebih ramai orang suka untuk menggunakan mobiliti yang lebih mudah tambahan ia turut menyeronokkan.

Walaubagaimanapun, setiap penghasilan produk atau penggunaan teknologi baharu, pasti akan ada kekurangan, risiko dan kesan sampingan yang akan terjadi.

Di bandar metropolis seperti bandar New York, ramai orang bergantung pada peranti e-mobiliti seperti skuter elektrik dan basikal untuk pekerjaan mereka serta keperluan pengangkutan am.

 

EBIKE

 

Menurut Jabatan Bomba New York, terdapat peningkatan ketara dalam kebakaran sedemikian pada tahun 2023—267 kebakaran yang membawa kepada 150 kecederaan dan 18 kematian secara keseluruhan.

Berdasarkan angka tersebut, jumlah kebakaran peranti e-mobiliti hampir sembilan kali lebih tinggi daripada pada 2019, kali terakhir tiada kematian yang dikaitkan dengannya menurut jabatan bomba tersebut.

 

EBIKE

 

Namun begitu, pasti ada cara untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku, berikut merupakan antara cara mencegah kebakaran serta keselamatan mobiliti elektrik yang dikongsikan oleh Jabatan Bomba New York :

 

-Beli basikal atau motosikal elektrik yang disahkan oleh organisasi ujian yang berkelayakan seperti Makmal Penaja Jamin.

-Ikuti arahan pengilang untuk mengecas dan menyimpan serta sentiasa gunakan kord pengilang dan penyesuai kuasa yang dibuat khusus untuk kenderaan tersebut.

-Jangan biarkan basikal atau motosikal elektrik tanpa pengawasan semasa ia dicas, dan jangan biarkan ia dicas semalaman.

-Jika bateri terlalu panas atau bau pelik, perubahan bentuk atau warna, bocor atau bunyi pelik, hentikan penggunaannya dengan serta-merta.

-Jika bateri bertindak balas dengan cara yang membimbangkan, dan adalah selamat untuk berbuat demikian, alihkan peranti daripada apa-apa yang boleh terbakar dan hubungi talian kecemasan.

-Simpan bateri dan peranti pada suhu bilik. Jangan letakkannya di bawah cahaya matahari langsung.

-Jauhkan bateri daripada apa-apa yang mudah terbakar.

-Jangan gunakan bateri tiruan atau aftermarket yang tiada kualiti

-Jangan sekat jalan utama masuk dan keluar dari bangunan dengan e-basikal atau peranti lain.

-Jangan tinggalkan e-basikal di dalam bilik kanak-kanak atau bilik tidur.

 

Penggunaan teknologi seperti ini mungkin nampak mudah, tapi disebalik kemudahan tersebut, pasti ada perkara yang kita sebagai pengguna perlu sentiasa peka dan berjaga-jaga agar tiada perkara buruk terjadi.

 

SUMBER : ConsumerReports

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai jenama di bawah Ocean Vantage Holdings Bhd (KLSE:OVH), Vcharge Asia komited untuk…
Berita Domestik
Perjalanan sepanjang Ramadhan kini lebih mudah dengan memanfaatkan kelebihan e-skuter Beam yang…
Berita Domestik
Bukan sahaja memfokuskan pada pengoperasian di bandar utama seluruh Malaysia, Beam turut menawarkan…