Waterjet - ramai yang terlepas pandang cara penjagaannya!

oleh SALINA JALIL|
Semakin lama semakin banyak teknologi-teknologi canggih dicipta untuk mempermudahkan urusan kehidupan kita seharian.


Dahulu batu tumbuk itu lah 'teman'setia di dapur tetapi telah digantikan dengan mesin pengisar atau blender, dari batang penyapu diganti dengan vakum, segala perkakasan rumah telah diambil alih oleh mesin-mesin untuk menyenangkan kita!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ini termasuklah cara-cara membersihkan kenderaan kita, dari syampu kenderaan sampailah segala peralatan diganti dengan mesin-mesin untuk 'memalaskan' kita!

 

Salah satu peralatan yang kebanyakan bapak-bapak beli adalah waterjet, kononnya nanti mudah nak basuh kereta dan salah satu cara bersenam, katanya...


Belinya mudah tetapi ramai yang tidak tahu cara-cara menjaganya sehingga ia jahanam dan terkeluar lah ayat "dulu dah beli tetapi cepat rosak" walaupun sifat kemalasan itu yang menjahanamkannya.

 

 

Di sini Careta ingin berkongsi tips penjagaan waterjet tersebut supaya mesin tersebut dapat digunapakai sehingga ke anak cucu!

 

Nombor satu: Punca air kena bersih!

 

Antara komponen paling penting pada waterjet ialah nozzle atau penyembur dia.

 

Air yang kotor akan ada debu debu atau partikel halus dan ia akan menjadikan nozzle anda tersumbat. 

 

Kalau tak tersumbat pun, dia akan menyebabkan partikel itu keluar macam peluru dan merosakan lapisan lacquer pada cat kenderaan anda! Ini paling bahaya sebab cat jadi pudar, dan terkeluar ayat fitnah kepada tokey cat dan anda rasa 'tipah tertipu'! Sebenarnya, kesalahan di tangan anda sendiri!


Sekiranya anda memang merupakan kaki cuci di kedai, anda perlu pastikan sumber air yang digunakan tu bersih, bukan dari air kolam, sungai, longkang dan sebagainya. Intai dahulu dalam tong air, bersih atau tidak. Sekiranya berkeladak, ucapkan terima kasih dan selamat tinggal!

 

 

Nombor dua: Jangan buka (ON) terlalu lama!


Sekiranya anda mempunyai waterjet, tips nombor dua ini jangan dilupakan!  Ada yang buka waterjet ni berjam jam. Okay, sebagai panduan asas, waterjet JANGAN DIBUKA BERTERUSAN SELAMA 30 MINIT! 


Terutama untuk waterjet biasa yang kita beli untuk kegunaan rumah. Perlu biarkan motor elektrik tu berehat. Baru dia tahan lama dan tidak rosak. 

 

 

Nombor tiga: Tekanan tinggi bukan jawapannya!

 

Selalu tengok orang sembur air semaksimum yang boleh ke arah kereta. Satu lagi yang ramai tak faham, tembak air pada tekanan maksimum akan menjahanamkan cat! 

 

Pergi ke kedai spa yang mahal mahal, anda akan tengok dia akan sental secara manual, mereka tidak 'menembak' lumpur tu dengan tenaga paling maksima pun.

 

Sebabnya, lapisan lacquer akan haus dengan cepat sekiranya water jet tu dibuka dengan tekanan terlalu tinggi. 

 

Satu lagi, cat kereta tidak direka untuk menerima semburan air bertekanan sangat tinggi. Nanti air masuk dalam komponen elektrikal, anda perlukan modal tambahan untuk baiki!

 

 

Nombor empat: Beli kabel penyambung (extension cable) yang bagus!

 

Water jet perlukan elektrik, kerana ia menggunakan motor elektrik. Jadi kabel ni selalunya tak cukup panjang, kena pakai extension cable.

Cari extension cable yang bagus supaya aliran elektrik lebih stabil dan kalau boleh, cari yang waterproof atau balut dengan plastik, supaya tak short circuit dan paling bahaya, kena kejutan elektrik. 

Air dengan elektrik bukan macam parti politik ya, kejap gaduh, kejap baik. Dia memang tak ngam selama-lamanya!

 


Nombor lima: Jangan simpan air dalam hos!

 

Bab ni ramai manusia malas yang buat. Lepas guna, dia tak keringkan air dalam hos tu. Cabut hos, berdiri dan gulungkan hos sambil pastikan semua air dah keluar dari hos tu.

 

Sebab kalau tidak, lumut boleh wujud dan ini akan mengotorkan nozzle. Di samping tu, hos ni getah jangan la biar tengah panas. Nanti retak dan bocor dan anda juga yang perlu beli baru.


So apa water jet yang bagus? Yaaa, tak lain tak bukan, kena beli macam jam! 
 

 

Jam yang bagus, ia datang dari pembuat jam sendiri, bukan copypaste atau ciplak dari orang lain dan sama juga dengan water jet, yang bagus datang dari jenama yang sememangnya pembuat waterjet yang asal juga ya.


Karcher ialah satu jenama dari Jerman, yang lahir dalam tahun 1935. Telah pun melangkaui usia 87 tahun beb! 


Produk dia dari awal ialah alat pembersih komersil menggunakan water jet dan mereka sangat mahir dalam bab tu. Sampai sekarang, mereka masih mengedar ke industri-industri dan antara pelanggan mereka adalah NATO dan US Military.


Pada tahun 1950, mereka mula membuat water jet untuk orang ramai dan dari situlah bermulanya lagenda waterjet mereka sehingga ke hari ini! 
 

 

Jenama Karcher sangat popular di negara-negara barat seperti Jerman, Perancis, Russia, Poland, Mexico, Spain dan US.  


Perkataan Karcher merujuk pada waterjet. Tak kira apa jenama yang ada, mereka di sana tetap memanggil Karcher, macam Hailak kat Malaysia la. Semua trak pikap, orang panggil hailak.


Karcher kekal sebagai sebuah syarikat persendirian milik keluarga Alfred Karcher, pencipta dan pengasas syarikat itu sehingga ke hari ini.


Kini produk terbaharu mereka telah berada di pasaran Malaysia,  Karcher High Pressure Cleaner model K 2.050.


Ini merupakan model terkini yang memang ada ciri-ciri istimewa dan spesifikasinya adalah seperti berikut:


- Model K 2.050 ini memerlukan tenaga elektrik 240V dari soket rumah dan menggunakan 6A. Motor elektriknya pula rated at 1,300 Watt.


- Ia mampu menghasilkan tekanan setinggi 100 bar maxima dengan fungsi Turbo Dirt Blaster dan ia boleh 'menghirup' sebanyak 340 liter air dalam masa sejam!

 

 

Apa yang ada dalam kotak Karcher K2.050 ini?


1. Motor Pump Unit
2. Hose air sepanjang 3 meter
3. Trigger Gun

dan

4. Dua jenis nozzle;

 

a. Fan jet nozzle


- 50 kali lagi kuat dari hos getah yang biasa di rumah tu. Ini sesuai untuk mencuci barang barang sensitif seperti kereta, motor, perabot kayu, dinding bercat dan sebagainya.

 

b. Turbo Dirt Blaster


- Prestasi semburan naik 100 peratus lagi hebat dari fan jet nozzle TETAPI ini untuk kotoran degil, macam lumut kat tangga rumah, untuk lantai jubin berkerak dan sebagainya.  JANGAN GUNA UNTUK CUCI KERETA, MOTOSIKAL, BASIKAL, E-SKUTER dan lain-lain kenderaan ya! 

 

 

Walaupun dua jenis nozzle ni berbeza, yang betul betul istimewa ialah teknologi nozzle Karcher yang dipaten sendiri oleh mereka.

 

Ini memberikan corak semburan air yang lebih fokus berbanding dengan jenama lain. Yang lain, air bertumpu di kawasan tengah semburan, tetapi Karcher, seluruh kawasan semburan tu menerima tekanan yang lebih kurang sama.

 

Ini bermakna ia lebih efektif dalam proses pembersihan dan paling penting, ia memendekkan masa pembersihan, menjimatkan sehingga 50 peratus tenaga elektrik dan pengurangan penggunaan air hingga 80 peratus!

 

Di samping itu, Karcher Model K2.050 ini juga mempunyai fungsi detergent atau bahan pencuci berasingan. Maknanya, boleh guna agen pembersih untuk dicampurkan sekali dengan air! Fungsi ini juga datang dengan penapis agar pam kita tak rosak.
 

 

Macam biasa, Careta ada membuat promosi khusus dengan harga paling rendah untuk anda.

 

Dari 15 hingga 19 April, kami adakan promosi khusus untuk pembelian Karcher yang menjimatkan anda sebanyak RM70.00

 

Harga asal Karcher High Pressure Washer K2.050 adalah RM369 tetapi harga promosi adalah RM299 sahaja.


Jadi beli di mana? Di mana lagi kalau bukan di htpps://www.auto2u.my


  
Jangan terlambat dan terlepas promosi istimewa ni, menyesal nanti! 

Berita Berkenaan

Informasi
Penggunaan bateri tersebut digunakan oleh kenderaan terkini kerana tenaga tersebut sedikit sebanyak…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bloomberg, pengeluar itu dikatakan menghantar emel berbentuk tips kepada…
Informasi
Cecair Ini termasuk minyak pelincir enjin (gunakan dipstick), cecair brek, air pembersih cermin…