Ini kerana menerusi Tokyo Auto Salon 2022 Toyota memperlihatkan sebuah model konsep SUV elektrik bZ4X GR Sport Concept yang menampakkan potensi pada SUV tersebut pada masa akan datang.
Tidak banyak gambar yang dibekalkan, namun berdasarkan pengamatan bZ4X tersebut dilengkapi dengan rim yang lebih besar, diikuti panel badan kusam, serta tempat duduk sports.
Sementara kembarnya, Subaru Solterra turut diberikan pakej rupa paras oleh STI yang menampilkan pemasangan spoiler bumbung baharu, serta aksen merah yang boleh didapati pada splitter hadapan, skirt sisi dan diffuser belakang.
Setakat ini, Toyota mahupun Subaru tidak mendedahkan perancangan untuk membawakan pakej ini untuk model bZ4X dan juga Solterra.
Baca: Toyota bZ4X 2023
Baca: Subaru Solterra 2023