TAS 2022: Pelajar NATS bina Jimny lima pintu!

oleh Mohamad Hanif|
Setakat yang Careta tahu, Suzuki masih lagi belum mendedahkan secara rasmi SUV Jimny versi lima pintu, yang wujud di alam maya hanyalah imej-imej janaan komputer yang dihasilkan oleh pihak-pihak tertentu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun di Tokyo Auto Salon 2022, para pelajar Nihon Automotive College (NATS) muncul dengan hasil karya terbaharu - sebuah Jimny lima pintu!

Jimny yang bernama 'Kimun Kamui' (bermaksud Tuhan Gunung dalam bahasa Jepun) itu didatangkan dengan modifikasi berorientasikan off-road, dan pakej kabin yang jauh lebih luas.

 


Casis ladder frame Jimny telah dipanjangkan sebanyak 400 mm dan badan asal Jimny dipotong bagi memuatkan pintu yang agak kecil jika dibandingkan dengan dimensi pintu depan.

Namun, penambahan dimensi ini membolehkan penumpang belakang duduk dengan lebih selesa dan ruang kaki yang lebih luas.

Untuk menjadi 'Tuhan Gunung', Jimny ini turut menerima modifikasi seperti suspensi yang ditinggikan sebanyak 152 mm, set rim Black Rhino Riot bersaiz 17 inci, tayar Toyo Open Country A/T, bampar off-road dengan cangkuk, fender lebar, rangka pelindung badan, bar lampu IPF dan khemah bumbung Feldon Shelter.

 


Ruang kabin Jimny ini pula mendapat unit multimedia Alpine X9NXL, sistem audio Diecock, gugusan meter GReddy Sirius Vision, balutan upholsteri kulit pada tempat duduk serta alas bumbung berwarna hitam.

Untuk menampung berat yang semakin bertambah, enjin asal Jimny 1.5 liter tersebut telah menerima kit turbo GReddy, talaan semula kepada ECU dan injap blow off FV2.

Hasilnya daripada kuasa standard 101 hp/130 Nm, Jimny ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 122 hp dan 179 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak lima unit sahaja NSX Legavelo yang akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…
Berita Global
STI E-RA (Electric Record Attemp) Concept ini merupakan sebuah projek kajian sukan permotoran yang…