Subaru Solterra 2023 - EV pertama Subaru, jarak operasi 530 km

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama antara gergasi automotif Toyota dan Subaru kini membuahkan sebuah lagi model, di mana ia merupakan kenderaan elektrik pertama bagi jenama Subaru, iaitu Subaru Solterra EV 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara asasnya, Solterra banyak berkongsi komponen dan platform (e-TNGA) dengan Toyota bZ4X 2023, namun boleh dibezakan dengan rekaan muka hadapan yang lebih agresif, diikuti dengan rekaan lampu nyalaan siang DRL.
 

Solterra


Dari segi dimensi, ia membawakan ukuran sepanjang 4,690 mm, lebar 1,860 mm, tinggi 1,650 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,850 mm.

Pembeli boleh mendapatkan dua versi Solterra, di mana varian asas mendapat motor elektrik tunggal pacuan roda depan berkuasa 20`1 hp, sementara versi pacuan semua roda mendapat motor elektrik berkembar dengan kuasa setinggi 215 hp.
 

Solterra


Namun, kedua-dua varian mendapat pek bateri 71.4 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 530 km (atau 460 km untuk versi AWD).

Persamaan dengan model bZ4X diteruskan di bahagian ruang kabin, di mana susun atur papan pemuka adalah lebih kurang sama dengan model kembar Toyota-nya.
 

Solterra


Subaru bakal menawarkan Solterra EV 2023 di beberapa pasaran utama seluruh dunia menjelang pertengahan tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
Tidak seperti Subaru Solterra EV 2023 yang kini dipasang di kilang Toyota di Motomachi bersama…
Berita Global
Biarpun berkongsi platform, Lexus RZ 450 e tampil dengan imej dan penggayaan yang tersendiri untuk…