Suzuki Jimny Black Bison - sentuhan daripada Wald International

oleh Mohamad Hanif|
Entah khidmat bomoh tarik untung mana yang Suzuki ambil, tapi pendekatan mereka menerusi model 4x4 kecil Jimny ini nampaknya makin menjadi-jadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika sebelum ini kita sudah pun melihat modifikasi terhadap Jimny yang menyerupai G-wagen, Land Rover Defender, modifikasi retro dan trak pikap, kali ini firma talaan Wald International pula hadir dengan karya tersendiri. 
 

Baca: Suzuki Jimny Little D & Little G

Baca: Suzuki Jimny retro

Baca: Suzuki Jimny Pickup Concept

 


Lebih memfokuskan kepada hasil estetik luaran, Wald memberikan rupa Jimny yang lebih ke arah sebuah Mercedes-Benz G-Class dengan panel aero pada bonet, gril baharu, pelindung lampu utama, lampu nyalaan siang LED pada bumper hadapan serta lampu bumbung.

Jika dibandingkan dengan Suzuki Jimny standard, ternyata Wald telah meninggikan jarak kelegaan tanah, serta memuatkan rim baharu yang dibalut dengan tayar off-road. 

Menurut Wald, kit badan ini akan dilancarkan di Jepun (macam biasalah, Jepun dapat dulu) dan bakal diperluaskan ke pasaran lain dalam masa terdekat. 

Kemaskini 02/09/2019: Wald International telah menerbitkan koleksi gambar Suzuki Jimny Black Bison bersempena Osaka Automesse yang bakal berlangsung tidak lama lagi. 
 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Di dalam satu-satu kelas, Mercedes mampu menawarkan beberapa varian seperti sedan dan coupe, dan…