Anda mahu trak pikap Jimny?

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun hanya sekadar memperoleh markah tiga bintang daripada ujian keselamatan kenderaan baharu Euro NCAP, dan pihak Suzuki UK dikatakan menghentikan sementara penjualan model tersebut, ia nampaknya tidak menghalang Suzuki Jimny daripada terus mara dan menguasai hati para peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apa yang bakal dipertontonkan kepada umum pada acara Tokyo Auto Salon 2019 ini mungkin bakal menimbulkan kemarahan di kalangan para peminat negara yang sudah tidak dimasuki lagi oleh Suzuki. 

Memperkenalkan konsep trak pikap Jimny, Jimny Sierra Pickup Style. 


Menggunakan asas daripada Suzuki Jimny pasaran global, ia menampilkan beberapa elemen seperti gril hadapan yang mengikut warna badan, bumper hadapan dengan cangkuk penunda, lampu LED tambahan yang dimuatkan pada bumbung serta truck bed yang sangat pendek dimensinya.

Selain daripada itu, anda juga boleh perasan kehadiran panel kayu yang diletakkan pada sisi kenderaan yang menaikkan elemen retro pada kuda kerja comel ini. 
 


Konsep yang kedua dibawakan oleh Suzuki ialah Jimny Survive yang dibangunkan berdasarkan model 660 cc di Jepun, dan dilihat mampu untuk beroperasi di dalam kondisi yang serba eksrem. 

Terima kasih kepada penambahan beberapa ciri seperti pelindung lampu utama, bumper besi dengan cangkuk takal dan penunda, wheels shod aftermarket, sangkar anti oleng di bahagian luar, serta tayar off-road. 
 


Kedua-dua model konsep ini bakal dibawa ke Tokyo Auto Salon 2019, bersama-sama dengan model Suzuki Swift Sport Yellow Rev yang mustahil untuk dibawa masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi..

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, Jimny generasi ketiga bertindak sebagai satu alternatif yang lebih murah untuk mereka…
Pelancaran
Unit import sepenuhnya dari Jepun (CBU) ini didatangkan dengan enjin 1.5 liter petrol yang hanya…
Berita Domestik
Berita kehadiran SUV yang dinanti-nantikan itu diperkuatkan lagi dengan kelibat SUV cilik yang…