Damd hasilkan kit badan G-wagen dan Defender untuk Suzuki Jimny

oleh Mohamad Hanif|
Untuk memastikan Suzuki Jimny kekal menarik perhatian, Damd, sebuah syarikat talaan di Jepun telah mendatangkan kit badan yang sangat menarik untuk SUV kecil ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Mengambil inspirasi daripada Mercedes-Benz G-Class dan Land Rover Defender, Damd menghasilkan kit badan yang digelar Little G dan Little D dan kedua-duanya bakal memasuki pasaran bermula tahun hadapan. 
 


Kit badan Little G didatangkan dengan gril baharu yang menyerupai G-Wagen sebenar manakala bahagian bumper hadapan pula menampilkan rekaan tiga bukaan udara. 
 


Bagi menampakkan ia memang adik kepada G-Class, Damd menggunakan rim bersaiz besar dengan fender flare yang lebih bersegi serta bekas roda simpanan yang lebih bergaya. 


Beralih kepada Little D pula, ia menampilkan rekaan hud enjin klasik ala-ala Defender dengan perkataan Little D yang mungkin sedikit menimbulkan gelak tawa dan kutukan berjemaah bagi mereka yang faham. 
 


Kit badan Little D ini juga turut merangkumi grill hadapan, bumper, skid plate, mud flap serta bumper hadapan, kesemuanya direka supaya menyerupai Defender sebenar. 

Damd masih lagi tidak menetapkan harga sebenar kit badan Little G dan Little G ini, namun anda bolehlah menyimpan duit bermula dari sekarang. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripada pakej yang ditawarkan, iaitu Little G Traditional telah diberikan nafas baharu…
Berita Global
Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus…
Berita Global
DAMD salah satunya, menawarkan kit badan yang dinamakan sebagai Carabina yang membolehkan Suzuki…