Modifikasi konsep retro untuk Suzuki Jimny 2019 dari Jepun imbau kenangan generasi terawal Jimny

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Jimny generasi terkini baharu sahaja menyerang pasaran Jepun, dan sebuah syarikat penala khas telah melancarkan kit badan versi kustom yang diinspirasikan daripada Jimny generasi terdahulu.

Syarikat Jimny Center Niigata, terletak di kepulauan Honshu, utara Jepun telah mereka bentuk gril hadapan Jimny supaya lebih menyerupai rekaan klasik asal Jimny dengan tulisan Suzuki. 
 


Tidak cukup setakat itu, pihak syarikat tersebut telah menggunakan tayar rekaan retro dengan sidewall berwarna putih bagi menyerikan lagi imej Jimny. 

Sekiranya anda mempunyai Suzuki Jimny yang terdahulu, anda juga boleh menghubungi mereka untuk proses restorasi dan modifikasi kenderaan anda dari segi luaran dan dalaman, termasuklah khidmat cat badan, dan kemasan dalaman kabin.
 


Menurut syarikat tersebut, rekaan terbaharu mereka kini mendapat sambutan dengan jumlah tempahan kini hampir mencecah tiga angka. 

Dengan harga jualan bermula dari 23 ribu yen (RM880++), pihak bengkel walaubagaimanapun tidak menyatakan berapa lama pelanggan harus menunggu untuk mendapatkan tempahan mereka disiapkan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Retro, Rare dan Rapi Edisi 55 Tahun ini memang dibuat untuk jadi item koleksi. Ia hanya…
Berita Global
Di Malaysia, Suzuki Jimny 5 pintu dijual hampir RM 200 ribu. Dengan enjin 1.5-liter berkuasa 103hp…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…