Wald mahu C-Class anda lebih jahat daripada biasa

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz merupakan salah satu pengeluar yang gemar menghasilkan model-model yang niche, di mana ia mampu untuk memenuhi keperluan yang pelbagai dari kalangan pelanggannya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Di dalam satu-satu kelas, Mercedes mampu menawarkan beberapa varian seperti sedan dan coupe, dan tidak dilupakan varian berprestasi tinggi dari AMG. 

 


Untuk mereka yang sekadar mahu mencantikkan kereta tanpa peralatan prestasi dari AMG, Wald International memiliki resepi tersendiri dalam menjadikan kereta anda nampak ganas berbanding standard kilang. 

Jika dilihat sekali imbas, C-Class anda boleh menjadi seperti sebuah C 63 AMG!

 


Bermula dari hadapan, Wald menawarkan gril hadapan yang besar seakan gril Panamericana yang menjadi lambang kereta AMG masa kini, selain daripada bumper baharu yang dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED di bahagian bawah. 

Tidak dilupakan, skirt sisi juga turut diberikan nafas baharu manakala di ruang belakang, bamper rekaan baharu dengan pemakaian diffuser agresif dan diakhiri dengan lampu brek tambahan di  bahagian tengah. 
 


Untuk menghampiri karakter sebuah C-Class AMG, set suspensi khas ditawarkan bagi membuatkan C-Class anda lebih rendah, dan dua set rim bersaiz 20 inci yang boleh dipilih untuk keempat-empat ruang arca roda kereta anda. 

Dengan harga yang masih belum diketahui, anda boleh menukarkan C-Class standard anda menjadi sebuah kereta mafia sejati terima kasih kepada Wald International. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini kita sudah pun melihat modifikasi terhadap Jimny yang menyerupai G-wagen, Land…