Sportscar Together Day berjaya himpun 320 buah kereta Porsche!

oleh Mohamad Hanif|
Cubaan pertama Sime Darby Auto Performance (SDAP) menganjurkan hari terbuka Sportscar Together Day di Malaysia 3 Ogos lalu membuahkan hasil apabila ia berjaya mencatatkan rekod penyertaan sebanyak 320 buah kenderaan Porsche!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan lebih 2,000 orang pengunjung, ia juga telah berjaya mencatatkan rekod sebagai perhimpunan terbesar Porsche yang pernah diadakan.
 


Pelbagai acara menarik turut disediakan termasuklah sejarah ringkas Porsche selama 70 tahun, mempamerkan kesemua generasi-generasi terdahulu Porsche 911, jentera lumba 919 Hybrid, 918 Spyder dan juga model berskala 1:3 Mission:E.
 


Untuk peminat cilik Porsche juga turut disediakan aktiviti asas pemanduan di atas litar mini yang menyerupai Litar Antarabangsa Sepang. 

 


Selain daripada itu, SDAP juga turut mengumumkan keterdapatan model baharu Porsche Macan S yang dilengkapi dengan enjin V6 berkuasa 354 hp dan daya kilas 480 Nm itu.

Jika model asas Porsche Macan dijual pada harga RM455 ribu, Porsche Macan S pula hadir dengan harga jualan bermula dari RM625,000 termasuk Premium Package. 

Baca: Porsche Macan 2019 - Harga dari RM455 ribu

Baca: Porsche 360 Leasing

 


Saksikan galeri gambar di bawah bagi merasai sendiri kemeriahan hari Sportscar Together Day oleh Porsche Malaysia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…