Porsche perkenal skim pajakan 360 Leasing - tempoh tiga tahun untuk Cayenne, Panamera

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance hari ini memperkenalkan sebuah solusi kepada pembiayaan kenderaan berjenama Porsche, iaitu Porsche 360 Leasing khusus buat para pelanggan Porsche di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program pembiayaan ini boleh didapati untuk model-model seperti Cayenne dan juga Panamera, manakala penawaran untuk model lain seperti Macan bakal menyusul tidak lama lagi. 

Program baharu 360 Leasing ini merupakan sebuah alternatif kepada pelan pembiayaan sedia ada, menawarkan solusi yang fleksibel, selain memberi peluang kepada para pelanggan untuk membawa pulang sebuah Porsche baharu untuk setiap tiga tahun dengan deposit serendah 10 peratus atau 25 peratus yang boleh dipulangkan. 

Dengan program ini, pelanggan hanya perlu membayar kos bulanan sahaja selama tiga tahun, tanpa perlu membelanjakan wang yang lebih dalam pemilikan sesebuah kenderaan. 

 


Di akhir terma pajakan ini, para pelanggan akan diberikan opsyen untuk menaik taraf model sedia ada kepada model baharu dalam julat harga yang sama, atau kepada model lain. 

Bagi mereka yang mahu kekal dengan model sedia ada, mereka boleh memanjangkan lagi tempoh pajakan atau dengan memiliki terus model tersebut. 

Alternatifnya, pelanggan juga boleh memilih untuk memulangkan kembali kenderaan di dalam program 360 Leasing ini tanpa perlu risau memikirkan kos atau komitmen tambahan. 

Kenderaan-kenderaan Porsche di bawah program 360 Leasing ini juga tertakluk kepada jaminan dan pakej penyelenggaraan termasuklah servis, alat ganti dan juga kos buruh di Porsche Service Centre yang bertauliah. 

Harga yang perlu dibayar bulanan adalah turut merangkumi cukai jalan, pakej insurans untuk semua pemandu, termasuklah windscreen dan perlindungan terhadap bencana alam, selain bantuan tepi jalan 24 jam ketika kecemasan. 

Untuk maklumat lanjut dan pengiraan kos anggaran, sila layari https://dealer.porsche.com/malaysia/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa, kerjasama itu memupuk dialog dengan jurugambar wanita…
Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…
Berita Domestik
Cayenne CKD Kulim ini didatangkan dengan nadi bentangan V6 3.0 liter turbo yang mampu menjana 348…