Porsche Macan dilancarkan - harga RM455 ribu atau serendah RM5,700 per bulan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sime-Darby Auto Performance membawakan kepada para peminat SUV kompak premium sebuah lagi model yang dinantikan, iaitu Porsche Macan. 

Pertama kali diperkenalkan kepada umum di China tahun lalu, ia merupakan versi penambahbaikan kepada model Macan sedia ada, namun menurut Porsche model ini menerima permintaan yang sangat menggalakkan daripada para pelanggan mereka. 
 


Porsche Macan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder sebaris petrol turbo yang mampu menjana kuasa 252 kuasa kuda dan 370 Nm daya kilas yang telah dipertingkatkan. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada pacuan semua roda menerusi transmisi PDK klac berkembar tujuh nisbah kelajuan dan mampu memecut sepantas 6.7 saat dari pegun ke 100 km/j.

Penggunaan bahan api pula mampu mencatatkan bacaan serendah 8.1 liter untuk setiap 100 km.

 


Secara keseluruhannya, casis Macan yang telah ditambah baik mampu memberikan keselesaan dan keyakinan ketika memandu, ditambah pula dengan sistem Porsche Traction Management (PTM) yang memberikan lebih dinamik pemanduan.

Porsche Macan didatangkan dengan padanan rim bersaiz 18 inci sebagai standard dan 21 inci sebagai opsyen.

Sistem lampu LED tiga dimensi yang dilengkapkan pada Porsche Macan ini meneruskan lagi DNA bahasa rekaan Porsche sebagai ciri standard, manakala ciri pilihan Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus) boleh mengawal lampu secara adaptif. 

 


Porsche menawarkan sistem Porsche Communication Management (PCM) dengan skrin paparan HD penuh bersaiz 10.9 inci (berbanding 7.2 inci pada model terdahuhu). 

Sama seperti apa yang ditawarkan pada Panamera dan Cayenne, antaramuka sistem ini boleh diubah mengikut kehendak pemilik. 

Selain daripada ciri sambungan kepada internet, sistem ini juga menawarkan sambungan terhadap peranti pintar, pilihan antaramuka audio dan juga kawalan menerusi arahan suara.
 


Sebagai tambahan, para pembeli juga boleh memilih untuk mendapatkan aksesori opsyen pakej sport chrono seperti stereng sports GT ala-ala Porsche 911 yang membawakan butang khusus mod pemanduan. 

Porsche Malaysia meluaskan lagi penawaran aksesori ciri bantuan trafik dan ioniser udara yang dilengkapi dengan penapis udara bagi memastikan kualiti udara dalam Macan sentiasa terjamin. 

Terdapat tambahan empat warna menarik untuk dipilih seperti Mamba Green, Metalic Dolomite Silver Metallic, Miami Blue dan juga Crayon. 
 


Untuk pasaran Malaysia, Porsche Macan dilengkapi dengan Premium Package yang menawarkan spesifikasi yang lebih mewah seperti tempat duduk dengan 14 tetapan memori, pakej pencahayaan suram, Power Steering Plus, Park Assist, dan sistem bunyi BOSE Surround System. 

Harga jualan bagi Porsche Macan bermula dari RM455,000 dan turut merangkumi jaminan empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma termasuklah kos buruh dan alat ganti. 

Menerusi sistem pembiayaan 360 Financing, anda boleh mendapatkan Porsche Macan pada harga serendah RM5,700 bulanan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model Macan tersebut merupakan model generasi baharu yang dikuasakan dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Daripada jumlah tersebut, 36,574 unit telah diserahkan kepada pelanggan di Eropah, dengan kenaikan…
Model Terbaharu
Menurut naib presiden komersial Lotus, Mike Johnstone, Lotus Type 134 dijangka akan menyumbang…