Gajah langgar Cayenne dijumpai

oleh HEZERI SAMSURI|
Seekor gajah betina yang terbabit di dalam kemalangan di Kampung Kolam, Setiu malam tadi telah ditangkap hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Husin, gajah itu ditangkap oleh Perhilitan Besut di kawasan sekitar Telaga Papan, Setiu jam 1 tengahari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak 20 km dari tempat kemalangan.

Gajah itu akan dipindahkan ke Gerik di Perak atau di Hulu Terengganu.

Dalam kejadian malam semalam, Sharul Azma Che Samaon, 42 tidak mengalami kecederaan di dalam kemalangan di mana Porsche Cayenne beliau melanggar seekor gajah yang berada di atas jalan raya di KM45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terenggani - Kampung Raja.

Porsche Cayenne beliau bagaimanapun mengalami kerosakan di bahagian cermin hadapan, bamper, lampu dan kemek di bonet dan fender.

Gajah yang mengalami kecederaan di kaki itu jatuh sebelum bangkit dan melarikan diri ke dalam hutan berdekatan 10 minit selepas dilanggar.

* Gambar utama dan laporan penuh di The Star


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…
Berita Global
Bermula 21 hingga 26 Februari ini, penumpang bertuah boleh menikmati perkhidmatan pemindahan…