Taycan Turbo GT 2025 kini model Porsche paling berkuasa, hasilkan 1,092 HP!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Porsche telah memperkenalkan model produksi paling berkuasa yang dihasilkannya, iaitu sebuah EV berprestasi tinggi yang dikenali dengan nama Porsche Taycan Turbo GT
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan sehingga 1,019 menggunakan fungsi Attack Mode yang menurut Porsche khusus untuk kegunaan litar sahaja.

Fungsi Launch Control pula mampu mengeluarkan 1,092 hp penuh selama dua saat, membolehkan pecutan 0-100 kmj dalam masa 2.2 saat atau 2.1 saat dengan pakej litar Weissach yang lebih ringan (porsche empat pintu pertama dengan pilihan itu).

 

2

 

Tidak seperti jenama lain yang menggunakan tetapan tiga motor, Porsche kekal dengan tetapan dua motor, di mana motor pada bahagian belakang dipertingkatkan dan lebih ringan.

Inverter pada motor belakang kini menggunakan silikon karbida untuk menghasilkan 900 amp, berbanding 600 amp pada varian Turbo S.

Bagi meningkatkan lagi keupayaan Taycan Turbo GT, ia turut sarat dengan komponen diperbuat dari gentian karbon dan menyingkirkan beberapa kelengkapan termasuk tempat duduk belakang jam analog yang didatangkan standard bersama Sport Chrono Package.

 

3

 

Ia turut dilengkapi tetapan brek seramik karbon bersama rim bersaiz 21 inci dibaluti tayar Pirelli P Zero Trofeo R yang juga lebih ringan berbanding varian Turbo S.

Kebanyakan kelengkapan yang ditawarkan hadir secara standard untuk Taycan Turbo GT, termasuklah sistem suspensi Porsche Active Ride yang ditala khusus.

Meningkatkan lagi aerodinamik, Taycan Turbo GT dilengkapi spoiler hadapan baharu dengan aeroblades dan spoiler belakang adaptif.

 

4

 

Elemen aerodinamik tambahan seperti pemesong udara bahagian bawah badan dan diffuser hadapan baharu juga lengkap khusus untuk pakej Weissach.

Pada bahagian dalaman, Taycan Turbo GT kini menerima tempat duduk bucket yang diperbuat dari gentian karbon sepenuhnya, namun ianya khusus untuk pasaran Eropah sahaja.

 

5

 

Menjadi jentera EV berprestasi tinggi terbaharu, catatan masa di dalam litar pastinya menjadi penanda aras untuk membuktikan kemampuannya.

Pada awal Januari lepas, pemandu uji dan pelumba Porsche Lars Kern telah mencatatkan masa 7:07.55 dengan versi prototaip Taycan Turbo GT di litar neraka hijau, Nurburgring .

Lars sekali mencatat rekod pada 23 Februari lepas dengan Taycan Turbo GT bersama pakej Weissach di litar WeatherTech Raceway Laguna Seca dengan catatan masa 1:27.87.

 

5

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…
Berita Global
Bermula 21 hingga 26 Februari ini, penumpang bertuah boleh menikmati perkhidmatan pemindahan…