Bagi mereka yang tidak tahu, Mercedes-Benz menggunakan platform Nissan Navara bagi membangunkan trak pikap mereka X-Class dengan beberapa modifikasi dan naiktaraf struktur casis bagi menjamin kekuatan dan dinamik pemanduan yang lebih baik.
Namun, menurut laporan daripada Autoblog, Nissan dikatakan bakal menggunakan struktur cross member sama yang terdapat pada model X-Class untuk model Frontier 2021.
Nissan Frontier merupakan sebahagian daripada 12 buah model baharu yang bakal diperkenalkan oleh Nissan dalam tempoh 18 bulan akan datang, dan daripada video teaser tersebut, kelibat Nissan Frontier dilihat bakal membawakan sedikit perubahan di bahagian luaran supaya nampak lebih malar segar.
Ini membolehkan Nissan Frontier mampu bersaing dengan pesaing di dalam segmennya seperti Toyota Tacoma, Ford Ranger dan juga Chevrolet Colorado.
Baca: Mercedes-Benz tamat produksi X-Class
Baca: Mercedes-Benz X-Class Camper
Baca: Nissan Navara-R