Nissan Navara-R - trak pikap dengan nadi GT-R, 1,000 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kita pernah mendengar kisah kegilaan di mana sebuah crossover, Nissan Juke telah menjalani modifikasi memasukkan enjin GT-R Nismo ke dalam perut SUV cilik tersebut, dan terhasillah Nissan Juke-R.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Jika kisah Juke-R tidak cukup gila, kami bawakan kepada anda kisah kegilaan sebenar dari UK di mana terdapat pihak yang sedang berangan untuk melakukan modifikasi yang serupa, akan tetapi kali ini melibatkan sebuah trak pikap!

Atau lebih tepat lagi, Nissan Navara.

 


Firma talaan SB Motorsport yang berpengkalan di Southend, Essex sedang membangunkan sebuah trak pikap yang menempatkan nadi V6 3.8 liter turbo berkembar VR38DETT, sistem pacuan semua roda serta casis daripada Nissan GT-R!

Nadi yang diperoleh daripada jentera drift projek syarikat tersebut akan ditala semula supaya Nissan Navara-R ini mampu menghasilkan kuasa sekitar 1,000 hp.

 


Berdasarkan imej render yang dibekalkan, SB Motorsports bakal melengkapkan Navara-R ini dengan sistem suspensi yang direndahkan, kit badan, rim serta sayap belakang yang agak keterlaluan untuk sebuah trak pikap.

Walaupun dengan modifikasi sedemikian, Navara-R bakal menjadi sebuah trak pikap jalanan yang menepati undang-undang jalan raya, di mana ia mengekalkan ciri-ciri utama yang ada pada Nissan Navara standard.

Projek Navara-R ini dijangka siap menjelang hujung tahun ini, memandangkan beberapa aktiviti sukan permotoran telah pun dibatalkan akibat COVID-19.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
     Berbanding rakan seangkatan seperti Isuzu D-Max, Mazda BT-50 dan Mitsubishi Triton yang…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah pecah…
Berita Global
  Navara SL Warrior diasaskan dari varian popular SL 4WD dual cab di Australia dan dilengkapi…