Nissan Frontier Project 72X, roda besi pun okay!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Project 72X Frontier
Project 72X Frontier
Pada Februari 2021 Nissan memperkenalkan Frontier baharu di Amerika Syarikat. Model ini tidak sama dengan Navara di negara kita atau banyak buah pasaran lain.

Pengguna di Amerika Syarikat juga tidak ditawarkan dengan Navara dan model baharu Frontier menggantikan generasi kedua (D40) yang berada di pasaran sejak sekian lama.

Frontier D40 masih dijual di Amerika Syarikat pada tahun 2020 meskipun Navara generasi ketiga (D23) berada di pasaran global sejak tahun 2014.

Selain reka bentuk, rangkaian kuasa Navara juga tidak sama dengan Frontier yang digerakkan enjin besar VQ38 3.8 liter V6 dan dipadan bersama transmisi automatik sembilan kelajuan.

Enjin itu berkuasa 310 hp pada 6,400 rpm dan tork 381 Nm pada 4,400 rpm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Project 72X Frontier

 

Pengguna di Amerika Syarikat memang gemarkan pikap dan Frontier menerima sambutan menggalakkan dan melebihi jangkaan Nissan.

Jualan dalam tempoh tiga bulan penawaran meningkat 115 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagi menunjukkan kebolehan Frontier, Nissan Design America (NDA) mempertontonkan tiga buah model projek yang membawa konsep tersendiri.

Ada yang guna roda besi!

Nissan Frontier Project 72X

 

Project 72X Frontier

 

Ringkas dan tidak sarat dengan ubah suai, Project 72X asalnya sebuah Frontier Crew Cab S 4x4.

Projek ini adalah terjemahan moden pikap klasik Datsun 720 yang diperkenalkan pada tahun 1972. 

Satu fakta penting ialah, 720 merupakan kenderaan pertama yang dipasang oleh Nissan di Amerika Syarikat pada tahun 1983.

Pikap ini turut dikenali sebagai Lil Hustler dengan kelengkapan asas, mampu milik dan direka untuk keseronokan dan sesuai buat penggemar aktiviti luar.

 

Project 72X Frontier

 

Membangkitkan aura klasik badan berwarna kelabu dan rekaan grafik yang ditambah pula roda besi warna putih.

Roda itu diambil dari unit gantian (spare) Frontier 2022 dan menggunakan tayar Frontier PRO-4X.

Lagi ubah suai ialah kit peninggi 2.5 inci, lengan suspensi atas boleh laras dan sport bar.

Nissan Frontier Project Hardbody

 

Nissan Frontier Project Hardbody

 

Model ini juga tampil ringkas dan dibuat sebagai penghargaan kepada pikap ikonik Nissan D21 Hardbody.

Apa yang istimewa? Ini adalah pikap pertama dengan reka bentuk yang disiapkan di Nissan Design America (NDA).

Nama Harbody berasal dari kargo belakang dengan dua dinding dan kedudukan (stance) agresif.

Pikap ini juga juara dalam banyak pertandingan jalan raya dan off-road termasuk di pantai-pantai California Selatan.

 

Nissan Frontier Project Hardbody

 

Pikap ini diubahsuai dari Frontier Crew Cab SV 4x4 dan dilengkapi kit peninggi 3 inci, lengan suspensi atas boleh laras dan overfender dari PRO-4X.

Turut menyerlah ialah roda ala Hardbody klasik yang direka dan dimesin di NDA, tayar 33 inci, pemegang tayar ganti di belakang, sport bar dan lampu LED 10 inci.

Bahagian depan dihitamkan dan grafik pintu dibuat mengikut corak bayangan ala 80-an.

Nissan Frontier Project Adventure

 

Nissan Frontier Project Adventure

 

Pikap ini menggunakan trend overlanding yang popular.

Diubahsuai dari Frontier Crew Cab PRO-4X, pikap ini dilengkapi kit peninggi 5 inci, tayar lecak (MT) 34 inci, snorkel gentian karbon yang direka dan dihasilkan oleh NDA.

Turut menyerlah ialah perkakasan Yakima® seperti rak belakang dan bumbung.

Pemandu dan penumpang boleh tidur di dalam khemah di atas dan dihiburkan dengan sistem audio Bluetooth® dari Kicker.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Frontier Project Adventure