Kurang permintaan, Mercedes-Benz tamatkan produksi X-Class Mei ini

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz nampaknya sudah bersedia untuk menamatkan produksi trak pikap premium X-Class berikutan kurangnya permintaan terhadap model tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dilancarkan pada tahun 2017, Mercedes-Benz X-Class menggunakan platform Nissan Navara bagi memberikan saingan kepada Volkswagen Amarok, Ford Ranger dan juga raja trak pikap Toyota Hilux di dalam segmen yang kian meningkat pada ketika itu.

X-Class diperkenalkan bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna kelas komersil serta mengurangkan kebergantungan terhadap van komersil Sprinter. 

Namun, berdasarkan pengamatan, kebanyakan pengguna tidak bersedia untuk membayar harga premium Mercedes-Benz X-Class. 

Tahun pertama penuh (2018) X-Class menerjah pasaran, hanya 16,700 unit trak pikap itu berjaya dijual di Eropah, Australia dan Afrika Selatan, dan tambahan 10,000 unit lagi pada tahun lalu (2019).

Menurut jurucakap Mercedes-Benz, produksi trak pikap itu akan berakhir pada Mei 2020, namun pelanggan masih boleh menempah X-Class mengikut spesifikasi yang diinginkan sehingga 11 Februari ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, anda boleh mendapatkan satu-satunya contoh trak pikap 6x6 untuk diletakkan di dalam garaj,…
Gaya Hidup
Jika anda ingin lari daripada kebiasaan mengubah casis lori/van/bas terpakai menjadi sebuah…
Berita Global
Trak pikap Mercedes-Benz, X-Class memang bakal dijadikan pelbagai varian dan Mercedes-Benz sendiri…