Mitsubishi nafi dakwaan mahu henti pembangunan platform kenderaan untuk Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi telah mengeluarkan pernyataan balas berhubung laporan Nikkei Asia yang mendakwa pengeluar Jepun itu akan menghentikan pembangunan platform kenderaan untuk pasaran Jepun dan menjual model rebadge dari jenama Nissan.

"Laporan Nihon Keizai Shimbun (nama lama Nikkei) bertarikh 14 September menyebut kami (Mitsubishi) akan berkongsi platform kenderaan domestik dengan Nissan Motor dan menghentikan pembangunan platform, namun begitu ia hanyalah sekadar spekulasi oleh Nihon Keizai Shimbun semata-mata," jelas Mitsubishi.

Malah, pengeluar itu juga sedang merancang untuk melancarkan model domestik yang dibangunkan atas platform Mitsubishi dan membawakan elemen serta karakter Mitsubishi yang tersendiri.

Menariknya, Mitsubishi turut terbuka terhadap pilihan perkongsian platform dengan jenama Nissan, di mana jenama itu turut mempromosikan penyeragaman dan kecekapan platform di kalangan rakan sepakatan.

Sebelum ini, Nikkei melaporkan Mitsubishi mahu mengurangkan jumlah platform kenderaan kepada hanya empat sahaja menjelang tahun 2026, berbanding lapan platform yang dimiliki pada ketika ini.

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
  Setiap tahun, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) dan Agensi…
Berita Global
  Harganya pula sangat menarik dan sebelum semakan terbaru ini ditawarkan pada 2,398,000 yen (…
Berita Global
  Terbaru Mitsubishi memperkenalkan sebuah edisi istimewa di Jepun yang dikenali sebagai Delica D…