Mitsubishi guna platform Nissan untuk model JDM

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi dilaporkan akan menghentikan pembangunan platform kenderaan baharu untuk pasaran Jepun.

Sebaliknya pengeluar Jepun itu akan mula menawarkan produk versi kejuruteraan lencana (rebadge) daripada produk Nissan bermula tahun 2026.

Menurut laporan daripada Nikkei Asia, langkah itu dikatakan mampu mengekalkan kos pembangunan ke tahap minimum sementara bajet sedia ada disalurkan kepada pembangunan kenderaan elektrik.

Meskipun menggunakan platform daripada Nissan, kereta-kereta Mitsubishi akan tetap memiliki identiti yang tersendiri, termasuklah unit trenkuasa.

Setakat Mac tahun ini, Mitsubishi mempunyai lapan platform di mana mereka mahu mengurangkan sehingga empat platform pada Mac 2026, di mana dua daripadanya merupakan platform baharu untuk pasaran Asia Tenggara, dan selebihnya dibangunkan bersama Nissan.

Sebelum ini, Nissan membeli 34 peratus pegangan di dalam Mitsubishi pada tahun 2016 sekaligus membentuk pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, namun kumpulan automotif itu dikatakan gagal untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Mitsubishi yang telah mengalami kerugian untuk dua tahun fiskal terakhir.

Pelan penstrukturan semula yang digelar sebagai "Small but Beautiful" telah diumumkan pada pertengahan tahun 2020 di mana ia membolehkan setiap jenama memfokuskan kepada pasaran terkuat mereka, dan menghentikan penjualan di pasaran yang lemah.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
  Harganya pula sangat menarik dan sebelum semakan terbaru ini ditawarkan pada 2,398,000 yen (…
Berita Global
  Terbaru Mitsubishi memperkenalkan sebuah edisi istimewa di Jepun yang dikenali sebagai Delica D…
Berita Global
Kedua-dua pihak akan memegang kepentingan sebanyak 50-50, di mana syarikat baharu itu akan…