
Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga penghujung Oktober 2023 sekitar 13,000 unit Minicab-MiEV telah terjual.
Di dalam tempoh itu, Mitsubishi menghentikan pengeluaran pada Mac 2021 dan hanya ditawarkan kepada pelanggan korporat.
Penjualan Minicab-MiEV disambung pada November 2022 dan pada November lalu telah dipertingkatkan termasuk penggunaan nama baharu Minicab EV.

Mitsubishi tidak memperincikan spesifikasi L100 EV dan berikut ciri-ciri Minicab EV sebagai rujukan:
- Jarak pemanduan 180 km (mod WLTC)
- Pengecasan AC200V (15A) mengambil masa kira-kira 7.5 jam untuk penuh
- Pengecasan pantas sekitar 42 minit untuk menambah tenaga sehingga 80 peratus
- Daya kilas 195Nm
- Sistem Elak Rempuhan Depan (FCM), Sistem Elak Salah Pecut Ultrasonik (UMS), Bantuan Mula Mendaki (HSA)
- Amaran Lencongan, Lampu Alur Tinggi Automatik (AHB)
- 2,431,000 yen (RM80,079) bagi model dua tempat duduk dan 2,486,000 yen (RM81,891) untuk model empat tempat duduk

Selepas Indonesia, adakah pasaran tempatan bakal menerima L100 EV? Belum ada berita namun tidak mustahil.
Van EV kecil begini sudah pun ada di pasaran di tempatan dan dikeluarkan syarikat dari China.
Seperkara lagi, Mitsubsihi turut memaklumkan rancangan untuk mengeksport Pajero Sport yang dipasang di Indonesia ke Australia pada suku keempat tahun fiskal 2023.
Perancangan itu satu daripada strategi ASEAN dan dibahagikan di antara unit yang dikeluarkan di Thailand.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
