Mazda sedang menguji enjin rotary generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Kelibat Mazda RX-8 muncul lagi di litar Nurburgring beberapa hari yang lalu berdasarkan rakaman video yang dibuat oleh Carspotter Jeroen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini memberikan satu petanda - Mazda sememangnya sedang menguji enjin rotary generasi baharu (dinamakan sebagai Skyactiv-R) di dalam badan sebuah Mazda RX-8. 

Namun, sama ada ia sebuah enjin rotary yang sebenar, ataupun ia merupakan sebuah unit range-extender (penambah jarak) yang diberitakan bakal menggunakan enjin rotary bersesaran kecil untuk kegunaan kereta hibrid Mazda pada masa akan datang. 

Kemungkinan bahawa Mazda bakal hadir dengan pengganti (RX-Vision) juga tidak boleh ditolak sama sekali memandangkan Mazda sebenarnya tidak pernah melupakan tradisi kereta sports yang menaikkan nama Mazda sebelum ini. 

Sehingga berita sebenar hadir, apa yang kita boleh lakukan, hanyalah berspekulasi buat masa ini, memandangkan tiada sebarang petanda atau klu yang diberikan oleh pengeluar dari Jepun itu. 

Baca: Enjin Rotary sebagai unit Range-Extender

Baca: Mazda bangunkan enjin Rotary generasi baharu Skyactiv-R

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas itu, tiada sebarang model pengganti didedahkan walaupun beberapa tahun selepas itu Mazda…
Berita Global
Beberapa paten gambar lukisan kejuruteraan yang diperoleh daripada Taku2-4855 (terima kasih kepada…
Berita Global
Namun, sehingga kini ia hanya sekadar konsep semata-mata memandangkan Mazda masih lagi tercari-cari…