Mazda RX-Vision GT3 Concept - enjin rotari, 562 kuasa kuda, khusus untuk Gran Turismo Sport PS4!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda RX-Vision, sebuah model konsep yang diperlihatkan oleh pengeluar yang sinonim dengan enjin Rotary, dan konsep ini sebenarnya merupakan gambaran kereta sports masa hadapan Mazda dengan trenkuasa Skyactiv-R (rotari) yang lebih maju.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sehingga kini ia hanya sekadar konsep semata-mata memandangkan Mazda masih lagi tercari-cari resepi yang bersesuaian sebelum melepaskan kereta sports ini ke habitat asalnya. 

Jadi, untuk anda yang masih menunggu kehadiran Mazda RX-Vision, usah risau kerana Mazda kini membenarkan anda memandu kereta sports konsep tersebut menerusi permainan video Gran Turismo yang popular itu. 

Mazda RX-Vision GT3 Concept direka oleh Ikuo Maeda, ketua unit rekaan global Mazda dan beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rekaan sebenar Mazda RX-Vision dan model nadi rotari yang telah dihentikan pengeluarannya, Mazda RX-8.
 


Penambahan elemen-elemen aerodinamik sedikit sebanyak menaikkan lagi seri dan kegarangan jentera lumba ini, termasuklah tip ekzos yang keluar di bahagian sisi, diffuser serta sayap belakang yang besar. 

Dari segi spesifikasi, kereta lumba ini didatangkan dengan 'enjin Rotari' dengan 562 kuasa kuda dan pembahagian berat nisbah depan dan belakang sebanyak 48:52. 

Untuk pengetahuan, Mazda telah pun menandatangani perjanjian bersama Polyphony Digital selaku pembangun permainan video tersebut untuk menjadi sebahagian daripada Gran Turismo Sport bermula tahun 2020. 

Ini bermakna, lebih banyak kereta Mazda akan ditampilkan di dalam permainan tersebut. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
MAM Merdeka Virtual Race dianjurkan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) menerusi…
Berita Global
Menerusi kerjasama antara JP Performance dan Prior Design, mereka bakal membangunkan kit badan…
Berita Global
Menurut Toyota Gazoo Racing, mereka menganjurkan siri ini untuk meraikan komuniti e-motorsports…