Model produksi Mazda RX-Vision dengan enjin Rotary Skyactiv-R di Tokyo Motor Show 2019?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh media automotif Jepun bestcarweb.jp, Mazda akan membawakan dua buah model berprestasi tinggi pada acara Tokyo Motor Show 2019.

Model yang dibangunkan berdasarkan RX-Vision dan Vision Coupe ini dijangka akan menjadi model bertaraf mercu terbaharu daripada Mazda. 

Sebagai sebuah jenama yang sangat identikal dengan enjin rotary Wankel, Mazda tidak pernah melupakan hasratnya untuk membawakan pengganti kepada kereta sports RX-7. 
 


RX-Vision bakal membawakan kembali penggunaan enjin Rotary Wankel (dinamakan sebagai Skyactiv-R), menunjukkan bahawa Mazda tidak pernah sekali-kali mengabaikan enjin ikonik ini walaupun setelah ditamatkan produksi pada tahun 2012 menerusi model Mazda RX-8.

Ia dikatakan bakal membawakan teknologi termaju dan dalam masa yang sama menawarkan penambahbaikan kepada ciri-ciri yang ketika ini sangat sinonim dengan enjin Rotary - penggunaan bahan api, prestasi, emisi dan reliabiliti.
 


Sebuah lagi model, Vision Coupe pula merupakan sebuah sedan coupe empat pintu dengan konfigurasi pacuan roda belakang akan turut diperkenalkan serentak. 

Vision Coupe bakal membawakan penawaran enjin Skyactiv serba baharu enam silinder sebaris versi petrol dan diesel serta menampilkan teknologi Spark Controlled Compression Ignition (SCCI) - pengedaran kuasa dan tahap penjimatan bahan api yang lebih baik. 

Ini bermakna, booth Mazda di acara Tokyo Motor Show pada tahun ini bakal meriah dengan kehadiran dua buah model serba baharu ini. 
 


Tidak sabar rasanya untuk melihat bagaimana Mazda bakal menjadikan RX-Vision sebagai pengganti sebenar kepada model kereta sports Mazda RX-7. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…