Selepas itu, tiada sebarang model pengganti didedahkan walaupun beberapa tahun selepas itu Mazda ada memperlihatkan model konsep yang digembar-gembur bakal menggunakan enjin rotari quad-rotor Skyactiv-R berkapasiti 2.6 liter.

Enjin tersebut akhirnya membuat kemunculan semula pada model crossover Mazda MX-30, di mana ia digunakan sebagai unit penambah jarak.
Satu berita yang mungkin membuatkan kebanyakan peminat enjin rotari kecewa, namun ia bukanlah petanda Mazda terus mengabaikan idea untuk melahirkan semula enjin rotari untuk aplikasi yang lebih sporti.
Menurut penolong pengurus bahagian pembangunan trenkuasa Mazda, Yoshiaki Noguchi memberitahu Autocar, “enjin rotari merupakan simbol kami. Ia merupakan satu impian para jurutera Mazda untuk menghasilkan kereta sports berenjin rotari. Namun sekarang bukan masa yang sesuai untuk itu.

Ini bermakna, Mazda tidak pernah langsung mengenepikan idea untuk menghasilkan kereta sports bernadi rotari bagi menggantikan RX-7 dan RX-8.
Pengenalan semula enjin rotari di dalam model Mazda MX-30 merupakan sebahagian daripada perancangan elektrifikasi portfolio produknya.
Mungkin pada masa akan datang, kita akan dapat melihat kelahiran semula enjin rotari dengan teknologi yang lebih moden dan cekap untuk digunakan pada kereta sports generasi baharu Mazda akan datang.