Mazda sahkan pembangunan enjin rotary sebagai unit range-extender - lebih kuasa, lebih senyap dan lebih kompak

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini beberapa dokumen pendaftaran paten telah tersebar yang mengesahkan Mazda kini membangunkan enjin rotary generasi baharu yang akan bertindak sebagai unit range-extender (penambah jarak) kepada kenderaan hibrid/EV keluaran mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding enjin rotary lazim yang sedia kompak dan akan menghasilkan bunyi buzzing ikonik pada kereta sports Mazda, enjin rotary range-extender ini sebenarnya mampu beroperasi dengan senyap ketika digunakan untuk mengecas kembali pek bateri pada kenderaan elektrik dan hibrid, dengan saiz seumpama kotak kasut. 

Walaupun perincian masih tidak didedahkan sepenuhnya, Mazda dapat mengesahkan enjin rotary serba baharu ini berupaya menghasilkan kuasa yang tinggi selain mampu dimuatkan  ke dalam sistem pacuan kuasa EV. 

 

imej pendaftaran paten enjin rotary sebagai unit range-extender


Tambah menarik apabila Mazda memberikan kebolehan kepada enjin Wankel ini untuk beroperasi menggunakan gas petroleum cecair (LPG) untuk kegunaan di dalam situasi kecemasan. 

Mengikut perancangan Mazda, mereka kini di dalam usaha untuk membangunkan dua buah model EV, dan salah satu daripadanya bakal digandingkan dengan tenaga enjin rotary yang bertindak sebagai unit range-extender menjelang tahun 2020.

Selain daripada unit range-extender, Mazda juga kini menambah baik unit enjin pembakaran dalaman mereka menerusi generasi baharu Skyactiv-X yang bakal mengaplikasikan manfaat daripada pembakaran bahan api termampat. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…