Namun begitu, SUV elektrik kecil itu akan terus dijual di pasaran Eropah dan Jepun.
Menurut laporan Car and Driver, punca sebenar kegagalan SUV tersebut di sana ialah spesifikasi yang tidak begitu memberangsangkan, di mana Mazda MX-30 hanya mampu mencapai jarak gerak sejauh 160 km sahaja (data EPA).
Selain daripada itu, model SUV elektrik tersebut hanya dijual secara eksklusif di California, dan ia turut menyumbang kepada angka jualan yang sanga rendah.
Sepanjang tahun 2021, Mazda telah menjual 181 unit MX-30, diikuti 324 unit telah terjual pada tahun 2022.
Untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini, hanya 66 unit sahaja Mazda MX-30 telah diserahkan kepada pemilik masing-masing.
Menurut Mazda lagi, strategi mereka di Amerika Syarikat adalah untuk memfokuskan kepada model plug-in hybrid (PHEV), seperti contoh CX-90 PHEV yang telah dilancarkan pada awal tahun ini dan diikuti dengan model CX-70 yang bakal tiba tahun hadapan.
Awal tahun yang lalu, Mazda telah pun memperkenalkan varian penambah jarak yang dinamakan sebagai Mazda MX-30 R-EV, di mana ia menampilkan pek bateri 17.8 kWh (jarak sifar emisi 85 km) yang digandingkan dengan enjin rotari 803 cc.
Secara keseluruhan, Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV berupaya bergerak sehingga 600 km yang dibantu dengan tangki bahan api sebesar 50 liter.
Sumber: Car and Driver