Mazda MX-30 bakal muncul dengan trenkuasa penambah jarak guna enjin rotari

oleh Mohamad Hanif|
Kali terakhir enjin rotari wujud dalam sebuah kereta Mazda adalah pada tahun 2012 dan sesudah itu, produksi kereta sport pacuan roda belakang Mazda RX-8 ditamatkan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Buat para peminat nadi Wankel, ini merupakan satu berita gembira di mana Mazda bakal melancarkan kembali enjin tanpa omboh itu pada acara Brussels Motor Show 13 Januari ini.

Enjin rotari tersebut walau bagaimanapun hanya akan dilahirkan semula sebagai sebahagian daripada unit penambah jarak (range extender) untuk digunakan pada Mazda MX-30 REx.
 

mazda


Enjin yang sangat sinonim dengan tahap penggunaan bahan api yang tidak menjimatkan itu bakal membantu operasi trenkuasa elektrik Mazda MX-30, di mana jarak operasi asal sejauh 199 km itu mampu dipertingkatkan kepada 435 km!

Selain daripada itu, menurut Mazda enjin rotari penambah jarak itu hanya akan digunakan untuk menjana kuasa yang diperlukan oleh motor elektrik, dan tidak disambungkan terus kepada roda seperti penawaran terdahulu.

Model MX-30 REx (yang disifatkan sebagai plug-in hybrid) itu akan mula dijual di Eropah pada tahun ini, di mana ia akan didatangkan sekali dengan logo baharu berbentuk seperti rotor tiga segi dengan huruf e yang merujuk kepada kuasa elektrik.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
MAZDA CX-30 2023 buatan Kulim, Kedah   Terbaru Mazda memperkenal CX-30 2024 untuk pasaran…
Berita Global
Malah pada bulan lepas, angka jualan kenderaan elektrik buat pertama kalinya mengatasi angka jualan…
Berita Global
Namun begitu, SUV elektrik kecil itu akan terus dijual di pasaran Eropah dan Jepun. Menurut…