Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV muncul, enjin rotari 803 cc, jarak gerak hingga 600 km!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada enjin rotari yang sudah sekian lama menghilang dari radar automotif dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nadi wankel yang sinonim dengan jenama Mazda itu bukanlah muncul pada generasi kereta sports RX-7, akan tetapi hadir sebagai sebahagian daripada EV Mazda MX-30 dengan jarak gerak yang cukup pendek itu (199 km).
 

R-EV


Dengan adanya sistem penambah jarak itu, Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV (panjang betul nama baru dia) kini berupaya bergerak sehingga 600 km.

Pek bateri asal 35.5 kWh itu kini digantikan dengan unit bateri R-EV yang lebih kecil, 17.8 kWh dengan jarak gerak sifar emisi sehingga 85 km.

Dengan penambahan tangki bahan api sebesar 50 liter, MX-30 kini mampu bergerak dengan lebih jauh sekaligus memadamkan perasaan kebimbangan jarak.
 

rotari


Nadi rotari yang digunakan itu sebenarnya lebih ringkas dan kompak, di mana enjin rotor tunggal aluminium bersesaran 803 cc itu hanyalah 15 kg lebih ringan berbanding nadi rotari berkembar Renesis yang terdahulu.

Ia mampu menjana kuasa 73 hp yang digunakan untuk mengecas pek bateri dan menyalurkan kuasa kepada motor elektrik, dan bukan dihubungkan terus kepada roda.

Disebabkan pek bateri yang lebih kecil, Mazda MX-30 R-EV ini hanya mampu menyokong kadar pengecasan sehingga 36 kW yang membolehkan pengecasan pantas DC selama 25 minit sahaja.
 

R-EV


Dengan sistem serba baharu itu, Mazda MX-30 ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 164 hp sementara daya kilas menurun daripada 271 Nm kepada 260 Nm.

Pecutan 0-100 km/j meningkat kepada 9.1 saat berbanding 9.7 saat pada model terdahulu.

Tidak dapat dinafikan, berat crossover ini kini mencecah 1,703 kg, namun Mazda berjaya  merekodkan kadar penggunaan bahan api serendah 1 liter untuk setiap 100 km, dengan penghasilan CO2 sekitar 21 g/km.

 

R-EV


Di UK, Mazda memposisikan MX-30 R-EV ini pada julat harga yang hampir sama dengan model MX-30 BEV sedia ada, memberikan mereka pilihan sama ada untuk terus menggunakan model elektrik tulen atau beralih kepada crossover plug-in hybrid (PHEV) ini.

Harga jualan bermula dari £31,995 (RM168,795) sementara edisi terhad R-EV Edition R yang menampilkan logo rotari, warna Jet Black dan tiang Maroon Rouge dijual bermula dari £37,950 (RM200 ribu).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tepat 1 haribulan Februari 2024, Mazda mengumumkan penubuhan pasukan pembangunan enjin rotari (RE…