Mazda MX-30 2022 rasmi - EV 143 hp/271 Nm, dua varian, dari RM198,780

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Motor selaku pengedar kenderaan Mazda secara rasmi melancarkan model kenderaan elektrik (EV) pertama mereka, Mazda MX-30 di mana model ini telah pun diperlihatkan buat kali pertama beberapa bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mazda MX-30 merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV) yang dibangunkan untuk pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan tanpa enjin yang tidak mengorbankan aspek kepuasan pemanduan yang ada pada sebuah Mazda.

Tempahan untuk MX-30 telah pun dibuka secara rasmi dengan harga jualan bermula dari RM198,780.

Mazda MX-30 menggunakan bahasa rekaan Kodo Design dengan pendekatan serba baharu berkonsepkan Human Modern, dan ada beberapa elemen yang diinspirasikan daripada model-model Mazda terdahulu.

Seperti contoh, bukaan pintu suicide yang mengingatkan kita kepada model RX-8, serta rekaan crossover coupe yang sporti.
 

MX-30


Dari segi ukuran, Mazda MX-30 memiliki dimensi sepanjang 4,395 mm, lebar 1,795 mm, tinggi 1,555 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,655 mm. Jarak kelegaan tanah pula adalah setinggi 180 mm.

Trenkuasa elektrik yang digunakan terdiri daripada motor elektrik tunggal berkuasa 143 hp dan daya kilas 271 Nm, transmisi kelajuan tunggal automatik dan pek bateri lithium-ion 35.5 kWh yang membolehkan pemanduan sejauh 199 km untuk sekali cas penuh.

MX-30 menyokong pengecasan AC Type 2 6.6 kW dengan tempoh pengecasan penuh sehingga lima jam, serta pengecasan pantas DC CCS2 40 kW di mana pengecasan sehingga 80 peratus hanya mengambil masa sehingga 36 minit sahaja.
 

MX-30


Terdapat dua varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu versi Mid dan High.

Antara ciri standard yang dimuatkan termasuklah G-Vectoring Plus (e-GVC Plus), unit lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang DRL LED, lampu belakang LED, 10 penderia parkir (4 depan, 6 belakang), serta rim bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar 215/55 R18.

Untuk ruang kabin pula didatangkan dengan skrin paparan kluster instrumen TFT LCD bersaiz tujuh inci, skrin infotainmen Mazda Connect 8.8 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem kawalan iklim dua zon automatik, paparan head-up, roda stereng balutan kulit dengan paddle shifter, serta brek parkir elektronik (EPB).
 

MX-30


Membezakan antara kedua-dua varian adalah kehadiran tempat duduk pemandu larasan lapan tahap dengan dua larasan tulang belakang pada model High (larasan enam cara manual untuk versi Mid), balutan fabrik dan leatherette untuk tempat duduk, sistem audio Bose, serta kehadiran bumbung suria berkuasa untuk varian High.

Secara standard, ciri keselamatan MX-30 merangkumi enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Dinamik, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, fungsi Auto Hold, cagak ISOFIX, serta lampu berhenti kecemasan (ESS).

Untuk varian Mid, MX-30 didatangkan dengan ciri seperti sistem pencahayaan depan adaptif (AFS), kawalan suluhan tinggi (HBC), sistem pemantuan titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), amaran keluar lorong (LDWS), amaran tumpuan pemandu (DAA), sokongan brek pintar (SBS) hadapan, dan kawalan jelajah radar Mazda (MRCC).
 

MX-30


Varian tertinggi High pula mendapat penambahan ciri seperti lampu LED adaptif (ALH) menggantikan ciri AFS, amaran lintasan trafik hadapan (FCTA), serta sokongan Cruising & Traffic System (CTS).

Mazda menawarkan warna menarik Polymetal Gray dan Machine Gray untuk pilihan tona tunggal, atau warna dua tona Jet Black Mica (tiang bumbung perak), Zircon Sand (bumbung hitam) dan Sould Red Crystal (bumbung hitam).

Mazda MX-30 kini boleh ditempah menerusi pusat pameran Mazda Glenmarie Flagship, dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun (atau jarak perbatuan 100,000km yang mana tiba dahulu), serta jaminan bateri sehingga lapan tahun atau 160,000 km (yang mana tiba dahulu).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, SUV elektrik kecil itu akan terus dijual di pasaran Eropah dan Jepun. Menurut…
Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…
Berita Global
Buat para peminat nadi Wankel, ini merupakan satu berita gembira di mana Mazda bakal melancarkan…