VIDEO: Lihat bagaimana enjin rotari baharu Mazda berfungsi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kemunculan semula salah satu enjin popular dalam sejarah permotoran dunia, iaitu enjin rotary Mazda pada awal tahun ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari para peminat enjin tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi kepada kereta sports Mazda, sebaliknya ia merupakan sebahagian dari sebuah EV iaitu Mazda MX-30 R-EV.

Tidak seperti nadi rotari dengan rotor berkembar yang digunakan kali terakhir pada RX-8, nadi wankel baharu itu hanya memiliki rotor tunggal bersesaran 803 cc yang menghasilkan kuasa tambahan sebanyak 73 HP.

 

2

 

Enjin rotary baharu itu hanya digunakan sebagai pengecas untuk pek bateri dan terus menyalurkan kuasa kepada motor elektrik, dan bukan dihubungkan terus kepada roda.

Baru-baru ini, Jason Fenske telah menerangkan secara terperinci mengenai bagaimana enjin rotari baharu tersebut berfungsi dalam satu video di saluran Youtube Engineering Explained.

Fenske menjelaskan bahawa salah satu perubahan yang paling ketara ialah bahan api kini disuntik terus ke dalam kebuk pembakaran, yang membantu mengekalkan bahan api di kawasan utama ruang pembakaran dan meningkatkan pengabusan.

 

3

 

Mazda juga telah memperkenalkan penggunaan peredaran semula gas ekzos, yang membantu kecekapan pada beban rendah dan RPM rendah dengan mengekalkan sebahagian daripada haba dalam enjin.

Mazda kini menggunakan perumah sisi aluminium dan bukannya besi, yang baik untuk penjimatan berat, serta semburan salutan seramik plasma yang mengurangkan kehausan dan geseran.

Tentu sekali, kemunculan semula enjin lagenda tersebut agak mengecewakan para peminatnya yang mengharapkan penggunaan enjin itu didalam sebuah kereta sports.

 

Baca: Mazda MX-30 E-Skyactiv R-EV

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…