Manakan tidaknya, baru beberapa bulan menerjah dunia, sudah terdapat beberapa pilihan kit badan dan aksesori yang boleh dipilih, yang mana tiada pendirian tetap tu memang rambang mata jawabnya.
Rujuk sahaja pautan di bawah untuk racun yang paling berkesan di alam maya.
Baca: GR86 x Pandem
Baca: GR86 x HKS
Baca: GR86 x Tom's Racing
Baca: GR86 x SARD
Baca: GR86 x Blitz
Baca: GR86 x TRD, GR Parts
Salah satu pilihan yang bakal ditawarkan kelak datangnya dari Kuhl Racing, di mana mereka bakal hadir dengan kit badan lebar untuk kedua-dua model Toyota GR86 dan Subaru BRZ.
Sama seperti model standard, kedua-dua kit badan ini diberikan identiti yang tersendiri supaya mudah untuk dibezakan, seperti bahagian depan yang agresif, splitter yang lebih menonjol, arka roda yang lebar, serta penambahan pada skirt sisi.
Di bahagian belakang, Kuhl Racing turut menambah komponen diffuser dan sayap belakang jenis kekal.
Harga jualan bagi set kit badan lebar ini masih belum diumumkan, namun Kuhl Racing bakal menunjukkan hasil akhir projek ini pada Tokyo Auto Salon 2022 yang bakal berlangsung bulan depan.