Toyota dedah konsep modifikasi GR 86 TRD dan GR Parts

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada konsep modifikasi yang didedahkan sebelum ini menerusi firma penala SARD, TOM's serta HKS, Toyota kini mendedahkan dua lagi konsep yang boleh dijadikan sebagai panduan oleh bakal pemilik kereta sports pacuan roda belakang GR 86.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua konsep yang dipamerkan ini datangnya daripada TRD, manakala sebuah lagi GR 86 didatangkan dengan aksesori daripada GR Parts.

 


Dimulakan dengan GR 86  GR Parts Concept, ia menampilkan konsep yang agak agresif diinspirasikan daripada perlumbaan seperti liang kemasukan udara kustom, sistem ekzos, lip spoiler, sirip udara aerodinamik, serta kit badan lebar 1.7 inci.

Selain daripada itu, ia juga turut didatangkan dengan skirt sisi daripada gentian karbon, fender belakang dengan liang udara, diffuser yang lebih besar, serta sayap belakang GT-style sebelum diakhiri dengan rim aluminium tempa bersaiz 19 inci.

Apa yang pasti, modifikasi yang dilakukan ini cukup untuk membuatkan GR 86 anda bersedia untuk menyerang mana-mana litar, atau sekadar menyertai hari litar hujung minggu.

 


Sebuah lagi konsep modifikasi oleh TRD pula lebih sesuai untuk jalanan, di mana ia juga turut didatangkan dengan perubahan seperti lip hadapan yang lebih besar, skirt sisi baharu, bampar belakang kustom, spoiler ekor itik serta pelindung corong pengisian bahan api.

Tidak cukup dengan itu, TRD turut memasang rim TRD bersaiz 19 inci, angkup brek monoblock GR, rotor berventilasi, serta sistem ekzos kustom TRD yang diakhiri dengan empat tip ekzos.

 


Pada ketika ini, Toyota tidak mendedahkan modifikasi yang dilakukan terhadap unit enjin asal 2.4 liter FA24, namun secara standard ia berupaya menghasilkan 232 hp dan 250 Nm, jauh lebih berkuasa berbanding model terdahulu.

 

Toyota GR 86 GR Parts Concept

 

Toyota GR 86 TRD GR Parts

Berita Berkenaan