Toyota GR 86 GT1 Concept dari SARD diperlihatkan

oleh Mohamad Hanif|
Satu perkara yang cukup pasti, kehadiran GR 86 (dan kembarnya Subaru BRZ) telah menarik perhatian kebanyakan rumah penala dan pakar modifikasi terkenal untuk memperlihatkan hasil kerja mereka terhadap kereta sports pacuan roda belakang itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini kita telah pun melihat hasil kerja tangan yang dilakukan oleh HKS dan juga TOM's, kali ini giliran SARD pula.

Baca: Konsep Modifikasi GR 86 oleh TOM's Racing

Baca: GR 86 HKS Concept dengan kit supercharger

Bagi mereka yang kurang arif, SARD (Sigma Advanced Racing Development) merupakan salah satu penala terkenal yang berasal dari Toyota, Aichi dan memiliki kepakaran berlumba serta menala kereta-kereta Toyota.

 


Menerusi model konsep GR 86 GT1 ini, mereka mempamerkan potensi yang terdapat pada model GR 86, dimulakan dengan pemasangan kit badan yang tampak lebih bersih rekaannya.

Rekaan bampar hadapan SARD ini mengingatkan kita kepada model Lexus LFA di mana rekaan liang udara sisi berbentuk tiga segi, serta liang tengah yang lebih memanjang.

Selain daripada itu, rekaan skirt sisi pula dilihat sedikit agresif yang membentuk sambungan kepada bampar, diikuti dengan pemasangan rim aluminium BBS RE-V7 bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar Bridgestone Potenza 245/35R18.

 


Bahagian belakang pula menampilkan unit lampu LED berbentuk bulat serba baharu dengan perumah berwarna hitam, diikuti dengan dua tip ekzos pada kiri dan kanan, dan sayap belakang yang lebih rendah diperbuat daripada gentian karbon.

Sementara ruang kabin pula menampilkan tombol gear titanium, kulit merah pada tempat duduk bucket, lencana SARD pada penyandar kepala dan juga alas tali pinggang keledar berwarna merah.

 


SARD tidak menyatakan sebarang modifikasi terhadap unit trenkuasa asal flat-four 2.4 liter aspirasi natural pada GR 86 ini, namun sebelum ini SARD pernah memperlihatkan model konsep Toyota 86 GT3 Concept yang membawakan penggunaan unit turbo BorgWarner EFR, sistem perpaipan kustom, ekzos titanium dan intercooler baharu.

Modifikasi yang dinyatakan itu mampu menghamburkan kuasa setinggi 300 hp daripada enjin 2.0 liter boxer yang terdapat pada model GT 86 generasi pertama.

Jadi, mungkin dalam masa terdekat SARD akan membawakan magis yang tersendiri pada enjin asal 2.4 liter itu, di mana dalam keadaan standard kilang mampu menghasilkan 232 hp dan 250 Nm.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…