Nissan GT-R bersalut ukiran emas Kuhl Racing untuk dijual - harga RM2.22 juta der!

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu, syarikat penala terkenal dari Jepun Kuhl Racing telah mempamerkan sebuah jentera Nissan GT-R R35 yang paling aneh pernah wujud pada Januari 2016.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti apa yang anda lihat, bahagian luaran Nissan GT-R R35 ini datang dengan panel badan yang lengkap dengan ukiran emas yang dihasilkan menggunakan tenaga tangan!

 


Difahamkan, panel badan tersebut dilayangkan dengan beberapa lapisan cat berwarna emas sebelum diakhiri dengan kemasan berwarna krom.

Selain daripada layangan emas, Nissan GT-R ini didatangkan dengan set rim dua tona hitam dan krom, sistem suspensi yang direndahkan dan kehadiran sayap kustom di bahagian belakang dengan rekaan leher angsa.

 


Aspek trenkuasa tidak ditinggalkan, di mana enjin asal 3.8 liter V6 turbo berkembar itu turut dimodifikasi bagi menghamburkan kuasa setinggi 820 hp, sebelum diakhiri dengan sistem ekzos titanium bespoke.

Ruang kabin Nissan GT-R emas ini dilengkapi dengan tempat duduk jenis bucket Recaro, serta diakhiri dengan aksen krom keemasan pada beberapa bahagian seperti konsol tengah, corong pendingin hawa dan pemegang pintu.

 


Ketika artikel ini ditulis, jentera Nissan GT-R R35 ini sedang mencari pemilik baharu, dan harga jualan yang diminta adalah sekitar $550,000 atau RM2.22 juta mengikut kadar pertukaran matawang semasa.


Nissan GT-R R35 Kuhl Racing

Berita Berkenaan

Berita Global
Bukan sahaja nama Skyline telah digugurkan, rekaannya juga kini tidak lagi mengikuti elemen yang…