Koenigsegg Jesko mula diproduksikan, dua tahun setengah selepas pengenalan di Geneva 2019

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2019, Koenigsegg memperlihatkan secara rasmi model pengganti bagi Koenigsegg Agera, yang dinamakan sebagai Jesko bersempena dengan nama bapa pengasasnya Christian von Koenigsegg.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Sebanyak 125 unit Jesko (termasuk Jesko Absolut) yang akan diproduksikan, dan kira-kira dua tahun setengah selepas pengenalan rasmi, model hypercar itu akhirnya mula memasuki produksi.

Difahamkan, penghantaran pertama akan dibuat menjelang musim bunga 2022.

 


Unit yang dipaparkan di dalam artikel ini merupakan model prototaip pra-produksi yang dilayangkan dalam warna Tang Orange Pearl sebagai penghormatan buat model CCR.

Dari segi luaran, ia menggandingkan warna oren itu tadi dengan aksen perak dan juga gentian karbon - tipikal hypercar - dan tradisi itu kemudian diteruskan pada bahagian kabin.

 


Koenigsegg Jesko merupakan sebuah hypercar dengan nadi 1,578 hp yang diekstrak daripada enjin 5.0 liter bentangan V8 turbo berkembar dengan menggunakan bahan api E85, atau 1,262 hp sekiranya menggunakan RON95.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi Light Speed Transmission sembilan nisbah kelajuan yang tidak menampilkan sebarang sync ring tradisional.

Menurut simulasi, Koenigsegg Jesko dikatakan berupaya mencapai kelajuan tertinggi 482 km/j namun ia bakal dibuktikan menerusi model prototaip berwarna oren ini.

 


Namun, barang harus diingat, kesemua 125 unit Koenigsegg Jesko ini sudah mempunyai pemilik masing-masing, beberapa jam sebelum ia membuat kemunculan rasmi!

Baca: Spesifikasi Koenigsegg Jesko

Berita Berkenaan

Berita Global
Semasa percubaan di lapangan terbang di Sweden pada 27 Jun lepas, Jesko Absolut mencapai kejayaan…
Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…
Berita Global
Dua model yang dimaksudkan itu merupakan Koenigsegg Gemera, sebuah hypercar yang mampu memuatkan…